Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Ogos 2016

Larangan Muslim Mengupah Pembantu Rumah Non Muslim - Apa Hak Kerajaan Masuk Campur Urusan Peribadi Rakyat?


Dasar apartheid versi moden. Mengasingkan rakyat berdasarkan kelas sudah, kenegerian sudah, bangsa sudah kini berjangkit kepada agama pula. Apakah Islam membenarkan manusia dibeza2kan mengikut kelas agama menerusi alam pekerjaan?

Pertamanya ;

Agensi pembantu rumah terkejut dengan arahan 'baharu' oleh Jabatan Imigresen yang menghalang mereka daripada mengambil pembantu rumah bukan Islam untuk majikan beragama Islam.

Para majikan mempersoalkan rasional di sebalik dasar itu yang dikatakan bukan perkara baharu oleh pegawai-pegawai jabatan berkenaan kerana bimbangkan kemungkinan mereka langsung tidak akan mendapat khidmat pembantu rumah asing selepas ini.
Presiden Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi berkata, dasar itu akan mengehadkan pembekalan pembantu rumah untuk orang Islam.

"Agama tidak sepatutnya menjadi halangan. Apabila anda bekerja di pejabat, ia tidak berdasarkan agama begitu juga perkara ini, pembantu rumah di rumah tidak patut menjadi isu," katanya, Ahad.

Beliau menggesa Jabatan Imigresen memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai rasionalnya dasar tersebut.
Seorang pemilik agensi pembantu rumah di Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia telah membuat permohonan pembantu rumah bukan Islam untuk majikan Islam yang mahukan mereka melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (SPBPA) dalam talian tetapi telah ditolak.

"Apabila saya menghubungi mereka, saya diberitahu supaya pergi ke kaunter untuk menghantar permohonan. Tetapi di kaunter, pegawai di situ berkata dasar itu merupakan arahan daripada ketua pengarah," katanya.
Pegawai di sana berkata bahawa dasar itu sentiasa wujud dan jika dia masih mahu membuat permohonan, mereka tetap akan menolaknya.

"Jika mereka tidak benarkan orang Islam mengupah orang bukan Islam dari awal, kenapa sebelum ini mereka benarkan?

"Tidak ada pekeliling yang memberitahu kita tentang perkara ini," katanya, sambil menambah penolakan itu telah berlarutan selama dua minggu.

Beliau berkata jika negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan Qatar boleh menggaji orang bukan Islam, mengapa tidak Malaysia?

Seorang lagi pemilik agensi pembantu rumah yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata Malaysia selama ini telah mempunyai dasarnya, tetapi beberapa ketua pengarah membenarkan fleksibiliti bergantung kepada keadaan.

"Dasar itu menyempitkan peluang untuk umat Islam mendapatkan pembantu rumah," katanya.

Faiz Abdullah, 42, bapa kepada tiga anak yang tinggal di Petaling Jaya berkata beliau telah mendengar mengenai perkara itu daripada agensi pembantu rumahnya.

Faiz berkata beliau perlu memperbaharui permit pembantu rumah pada bulan ini dan bimbang ia akan ditolak.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan pembantu rumah yang baik dan boleh dipercayai hari ini dan bertanya mengapa ia perlu ditetapkan berdasarkan agama dan bangsa.
Pemilik perniagaan Zubir Rahman, 46, bapa kepada tiga orang anak dari Shah Alam berkata beliau bimbang mengenai dasar itu kerana beliau lebih suka mengupah pembantu rumah Filipina yang disifatkannya lebih dipercayai.

Zubir berkata beliau mempunyai tiga pembantu rumah Indonesia sebelum ini dan dua daripadanya telah melarikan diri tetapi semua empat pembantu rumah Filipinanya mematuhi kontrak mereka.

"Ia akan menjadi masalah bagi saya kerana untuk mendapatkan pembantu rumah yang baik hari ini adalah sangat sukar," kata Zubir, di mana kontrak pembantu rumahnya sekarang akan tamat pada Disember ini.


Sumber : Mstar.

Keduanya ;

1. Mahu mengambil pembantu rumah samada beragama Islam mahupun bukan ianya adalah atas pilihan majikan.

2. Kenapa kerajaan ada hak untuk masuk campur dalam urusan pengambilan pekerja oleh majikan?

3. Mengasingkan pekerja berdasarkan agama hanya akan membuatkan umat Islam menerima kesan negatif.

4. Seperti yang kita sedia maklum, beberapa majikan di Malaysia lebih gemar mengambil pekerja yang bukan beragama Islam (melayu). Walaupun kadang2 jenis pekerjaan itu tak memerlukan satu2 pekerja untuk berbahasa cina/mandarin pun. Diskriminasi seperti ini wujud selama bertahun2 di Malaysia. Ianya bukan baru.

5. Selain itu terdapat juga majikan yang enggan membenarkan pekerja mereka memakai tudung dan mempamerkan secara fizikal bahawanya dia seseorang muslim yang patuh pada agama. Seperti wujudnya larangan bertudung, larangan solat, larangan solat jumaat, berjangut dan sebagainya.

6. Diskriminasi seperti ini juga telah wujud bertahun2 di Malaysia. Ianya bukan baru. 

7. Itu tak masuk lagi majikan yang dengan sengaja membayar gaji murah berdasarkan kaum seseorang.

8. Tak dapat dinafikan, sesetengah pihak itu sengaja melakukan kerosakan yang sekaligus mencemarkan nama bangsanya sendiri seperti suka ponteng kerja, datang lambat dan malas. Tetapi menghukum tindakan sebilangan ke atas majoriti (secara keseluruhan) adalah tidak adil. Kerana disini orang yang tidak melakukan kesalahan akan menerima tempiasnya sedangkan dia bukanla pelaku tersebut.

9. Daripada mengubal satu undang2 yang menjerumuskan Malaysia kepada dasar apartheid moden lebih baik kita focus kepada mengurangkan diskriminasi yang berlaku di alam pekerjaan yang membabitkan majikan racist dan fobia tak tentu hala pada muslim dan Islam. Juga vice versa.

10. Sebelum ini kita dimaklumkan bahawanya Petronas Sarawak melarang pengambilan pekerja dari negeri lain. Ini sesungguhnya satu amalan racist dan lebih teruk diwar2kan secara terbuka tanpa rasa malu dan bersalah. Apakah selama neh negeri2 lain telah menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja dari Sarawak? Larangan tersebut dipandang sepi oleh menteri2 Malaysia seolah2 ianya direstui jika terdapat mana2 pihak yang bersekufu dengan mereka melakukan diskriminasi dan bersikap racist. 

11. Dengan meluluskan peraturan baru yang melarang pengambilan pekerja bukan Islam ke atas majikan Islam, sesungguhnya kerajaan seperti melakukan peperangan terbuka terhadap non muslim di negara ini. Suka tak suka, 40% populasi Malaysia ialah terdiri dari bukan melayu dan bukan Islam. Muslim sedia ada di Malaysia pula bukannya 100% melayu tulen. Banyak melayu bercampur lebih dari satu kaum. Yang original melayu tinggal beberapa kerat aje. 

12. Apa pula agaknya difikirkan oleh non muslim di atas larangan tersebut? Apakah mereka menerimanya secara positif? Kerajaan yakin kah?

13. Kerajaan tak sepatutnya campurtangan dalam urusan majikan dalam menentukan agama, kaum atau jantina apakah yang majikan mahu upah. Selagi mana mereka tidak melanggar peraturan, melakukan jenayah ataupun diskriminasi, hak menentukan pekerja ialah hak majikan. Peraturan yang menjurus kepada amalan apartheid sepatutnya tak wujud di negara berbilang bangsa dan agama.

14. Apabila seseorang itu boleh melakukan kerja dengan baik, cekap dan amanah, seseorang itu patut dinilai berdasarkan kemampuannya itu, mengapakah menggunakan kaum, agama, jantina seseorang untuk mengukur kelayakannya?

Fikir2kanlah. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...