Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Julai 2016

Dah Bayar Wang Ikat Jamin, Untuk Apa DAP Collect Derma 1 Juta Lagi Soal Netizens.

Dulu saya ingat penyokong PAS paling fanatik.
Rupanya tidak, penyokong DAP paling fanatik.
Walaun jatuh no 2.

Macai dap paling bahlol dalam dunia.
Tengah hari semalam 30/6/2016 , DAP telah pun membuat bayaran ikat jamin LGE RM1 juta. 

rujuk di sini ;


Duit itu datang dari DAP Penang :RM890,000 dan DAP Pusat : RM110,000.

Kemudian pada malam hari yg sama lebih kurang jam 10 malam di fb page CM Lim Guan Eng, mereka buat kempen untuk kumpul duit jamin RM1 juta.

"..Saudara Guan Eng's bail amount was set by the High Court at RM1 million, an amount that is extremely excessive, given that bail is simply meant as a mechanism to prevent an accused person from absconding. Clearly, there is no such risk in this case.

Following this, DAP Penang has received many requests from the public who wish to contribute to the bail amount of RM1 million.

For all Malaysians who wish to help and stand in solidarity with Saudara Guan Eng, we encourage you to donate RM10 to:DAP Penang"

rujukan : 


Kebodohan apakah ini DAP? Kenapa nak tipu penyokong dan rakyat? Duit jaminan telah dibayar!

Lihat sendiri komen macai DAP pada attachment. Giler fanatik!





Ini pula pendapat menarik dari Yuva Balan ;

Kepada anak muda yang sedang bersolidariti dengan pemimpin korup LGE kamu, fikirkanlah balik perbuatan kamu.. Jika pemimpin yang korup tidak ditentang, sama ada di dalam parti ataupun di luar, maka bermakna parti itu tidak boleh membawa aspirasi rakyat sampai bila-bila.
Lupakanlah impian untuk reformasi DAP yang sudahpun mendedahkan watak korup dan disambung pula dengan perbuatan hina untuk mempertahankan pemimpin yang korup..
Ini adalah signal bagi anak muda yang berada di dalam parti untuk mengambil pegangan yang kukuh dan mengkritik kepimpinan dan struktur tidak demokratik DAP. Pastinya kamu akan menghadapi ancaman perlucutan dan sebagainya, tetapi jika sekadar ingin menyelamatkan posisi kamu dalam parti yang korup, dipersilakan..
Kalau anak muda DAP masih percaya dengan kepimpinan yang sedia ada dan sanggup mengorbankan diri mereka untuk rakyat.. itu adalah satu penipuan.
Anak muda yang masih berhinggap dengan DAP dan menyokong kepimpinan yang sedia ada adalah sekadar mengharapkan habuan daripada tempat atas di masa hadapan.. Perjuangan rakyat sudahpun dilupakan oleh mereka..
----------------
Pendapat aku.
1. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
2. Lim Guan Eng juga begitu. Dia belum dibuktikan bersalah sehinggala proses pendakwaan di mahkamah selesai. 
3. Tetapi aku tidak menolak andaian dan persepsi masyarakat yang telah pun menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Lim Guan Eng.
4. Ini ialah penyakit yang dia sendiri cari.
5. Dia beli rumah di bawah harga pasaran. Bukan beza singgit dua ringgit tapi makan ratus ribu. Ada dakwaan mengatakan beza dalam nilai jutaan ringgit.
6. Dia ialah Ketua Menteri.
7. Phang Li Khoon ialah seorang yang berkuasa membuat keputusan dalam syarikat-syarikat yang dia berjawatan.
8. Syarikat-syarikat tersebut ada kaitan dengan syarikat yang mendapat tender/urusniaga dengan agensi kerajaan Pulau Pinang.
9. Conflict of interest paling2 koman layak dipertikaikan kat sini.
10. Aku minta maaf, aku tak percaya pada penjelasan Phang Li Khoon kenapa rumah tersebut dijual dibawah harga pasaran.
11. Katanya kerana rumah tersebut seringkali dijadikan sasaran pendemo dan kuar masuk tv. Ianya dah tercemar dengan cerita2 berunsurkan provokasi dan akan devalue rumah itu pada masa akan datang.
12. Jangan bohong la Ms. Phang. 
13. Satu2 penempatan, rumah, aset hartanah akan susut nilai jika berlakunya keadaan berikut;
- Banyak warga asing yang tinggal disitu. Sehingga mereka berupaya membentuk kumpulan dan kelompok dikalangan mereka. Kebanjiran warga asing di satu2 tempat menghilangkan minat warga tempatan untuk memiliki kediaman disitu. Oleh itu pemilik akan turunkan value bagi menjualkan juga aset mereka.
- Terlalu banyak berlaku rompakan, kecurian, jenayah. Ini akan membuatkan pembeli kurang minat nak membeli disebabkan faktor persekitaran yang tidak selamat dan pemilik akan turunkan nilai aset bagi mempengaruhi pontential buyer untuk tetap membeli hartanah disitu.
- Terlalu banyak African di kawasan berkenaan. Warga asing dari African ditakuti oleh rata2 Malaysian atas beberapa faktor negatif.
- Selalu dilanda musibah, jauh dari bandar, ini pun berupaya susutkan nilai aset tetapi tak semestinya. Jika berlaku kematian seperti pembunuhan. Ataupun rumah yang dikaitkan dengan cerita2 misteri nusantara sehingga orang taknak beli. Ini pun boleh susutkan nilai rumah itu sendiri.
14. Dalam kes rumah LGE, mana ada berlaku keadaan-keadaan yang disebutkan. Tambahan pula rumah LGE rumah banglo. Bukan rumah kecik2 anak yang begitu mudah susut nilai.
15. Sebab tu dari awal lagi aku pegang pendirian LGE tak patut beli rumah rendah dari harga pasaran. Dia mampu dari segi kewangan. Bukannya tak mampu. Gaji dia sebagai CM, ADUN dan AHLI PARLIMEN bukan kecik2 anak. Dia boleh je beli tanah sendiri dan bina rumah sekalipun. Sebab apa? Sebab dia lebih dari mampu berdasarkan gajinya tadi. Itu tak masuk lagi pelaburan2 yang dia sertai dan pendapatan bini dia.
16. Apa pun aku bersetuju dengan pendapat TGHH. Seseorang itu tak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. So bagi la ruang pada LGE untuk bela diri dan biarkanlah proses mahkamah berjalan seadanya.
17. Aku juga nak menambah sikit point bab pengikut taksub neh. Bagi aku semua jenis taksub pun bermasalah dan sama teruknya. Tak kira la orang tu sokong PAS ke DAP ke PAN ke BN ke apa ke taksub non partisan ke apa ke semuanya bermasalah kerana amalan ketaksuban itu sendiri. Oleh itu berserdahanalah. Amek jalan tengah. Tak perlu taksub. Tak perlu jumud. Buat relax sudah.
Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...