Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Jun 2016

Guna Wang Zakat Bekal Akhbar Pro UMNO Ke Sekolah - Ini Respon MAIWP.


MAKLUMBALAS BERKAITAN PEMBERIAN AKHBAR KEPADA SEKOLAH PADA TAHUN 2011.

1. Tiada wang zakat digunakan untuk menanggung bekalan sisipan DIDIK dalam akhbar BH.

2. PPZ hanya membekalkan sisipan DIDIK dan bukan akhbar BH atau NST.

3. Dana berjumlah RM25,920 seperti yang dinyatakan adalah dari UPAH AMIL yang diterima oleh PPZ daripada MAIWP.

4. Pemberian akhbar kepada 9 buah sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur adalah satu usaha PPZ membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pendidikan para pelajar.

5. 9 buah sekolah terpilih tersebut terdiri daripada sekolah yang berjaya meningkatkan kutipan zakat melalui potongan gaji bagi tahun 2010.

6. Pemberian akhbar ini yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar adalah sebagai tanda penghargaan PPZ kepada pihak sekolah.

7. Akhbar BH dipilih kerana terdapat sisipan ‘Akhbar Dalam Darjah’- DIDIK yang diterbitkan setiap Isnin dalam BH.

8. Didik diterbitkan dengan 20 muka surat membabitkan penulisan rencana yang mengandungi berita mengenai murid, personaliti, sekolah dan lain-lain. Didik turut menampilkan beberapa muka surat bagi latihan pelajar membabitkan subjek seperti Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan telah mendapat manfaat oleh lebih 170,000 pelajar pada tahun 2012.

9. Justeru pemilihan BH tidak melibatkan pertimbangan politik seperti yang dipersoalkan oleh Suara Rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...