Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 April 2016

Sempena PRN Sarawak - Najib Umum Projek Komputer Riba Untuk Pelajar Tingkatan Lima, Baiki Sekolah Uzur.

Kerajaan akan melaksanakan Program Pembekalan Komputer Riba, program perintis kepada para pelajar di Sarawak yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program itu bermatlamat bagi merapatkan jurang digital di samping memberi kemudahan serta pendedahan berkaitan teknologi maklumat dengan lebih efisien.

Beliau berkata projek perintis itu akan memanfaatkan kira-kira 33,000 pelajar tingkatan lima di 188 sekolah menengah kebangsaan sekitar Sarawak yang mana komputer riba itu akan diberikan dalam bentuk sewaan atau pinjaman.

"Selepas tamat SPM, pelajar berkenaan akan menyerahkan komputer riba itu kepada pelajar tingkatan lima seterusnya (tahun berikut). Mudah-mudahan, projek ini akan dapat menyaksikan pencapaian yang lebih cemerlang," katanya di sini hari Ahad.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika melakukan tinjauan mesra ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong di Sebuyau, kira-kira tiga jam perjalanan dari Kuching yang turut disertai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam tinjauan tersebut, Najib turut menyentuh mengenai projek menaik taraf sekolah yang pernah dikunjunginya pada awal tahun ini, yang memerlukan peruntukan segera bagi menaik taraf kemudahan dan bangunan sekolah yang usang.

"Sekolah ini memerlukan penambahbaikan segera kerana keadaan bangunannya berbahaya untuk meneruskan pengajian. Kerajaan baru-baru ini memutuskan untuk memberikan peruntukan segera kepada lapan sekolah di Sarawak yang daif bagi tujuan membaik pulih, menyediakan bangunan baru dan tambahan.

"Alhamdulillah, bagi SK Sungai Ladong ini telah disiapkan segera dalam masa tujuh minggu sahaja. Sekolah ini dengan bangunan baru dan makmal sains telah boleh digunakan," katanya.

Perdana Menteri yang menyifatkan lawatannya ke sekolah itu sebagai 'solution walkabout' berkata ia bukan sahaja membolehkan beliau melihat sendiri permasalahan secara terus, tetapi juga mencari jalan penyelesaian segera melibatkan mana-mana pihak dan agensi berkaitan.

"Projek di sekolah ini adalah contoh yang baik hasil tindakan dan kerjasama dari Kementerian Pendidikan serta kerajaan negeri yang mana bangunan dan kelengkapan baru telah dapat disiapkan. Saya yakin pelajar dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih kondusif khasnya demi persediaan SPM nanti," katanya.

Najib sewaktu lawatannya ke sekolah tersebut pada Januari lepas telah memberi saranan peribadi supaya sekolah usang berusia 59 tahun itu diberi nafas baru, dengan bangunan sedia ada dinaik taraf.

Susulan saranannya, dua blok bangunan konkrit setingkat yang dilengkapi dengan enam bilik darjah baru telah siap dibina dalam tempoh tujuh minggu sahaja, menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Sekolah baru itu kini dibina di atas tiang pertahanan (stilts) yang lebih tinggi, dilengkapi enam bilik darjah tambahan, sebuah makmal sains, dua kuarters guru baru dan kawasan rekreasi untuk memberikan persekitaran yang kondusif kepada seramai 172 pelajar dan 19 guru.

Sebelum ini, sekolah berkenaan berada dalam keadaan usang akibat usianya yang sudah lama dan hakisan, selain hanya mempunyai tujuh bilik darjah sejak dibina pada 1957.

-- BERNAMA

Secara tiba-tiba ada banyak duit untuk repair beberapa sekolah sekaligus secara ekpress..

Secara tiba-tiba nak upgrade sekolah yang ada 7 bilik darjah semenjak tahun 1957..

Secara tiba-tiba umum projek sewa/pinjam laptop.. ini siapa la yang bakal jadi orang tengah dapat tender sewa laptop kepada para pelajar.. jadah apa sewa laptop? Projek takde masa depan sebab specs komputer semakin lama semakin advance dan laptop bukan boleh naiktaraf macam versi desktop pun.. dari sewakan baik bagi free je.. bagi pinjaman kang kalau hilang pelajar kena balik.. bukan betul sangat kerajaan kau neh pun..

KAH KAH KAH

Layankanlah aje la projek mee segera time PRN neh woii.. Najib tengah jadi Dibo The Gift Dragon tu aku rasee..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH    

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...