Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 April 2016

Selepas Dikritik Teruk, Latheefa Koya Tutup FB Kerana Mengkritik Zakir Naik.

Ustaz Rozaimi menulis di laman rasmi efbinya ;

Saya tidak tahu apa masalah dia ini. Adakah Islam yang dia faham hanya sambut maulid sahaja? Dan bukankah mengIslamkan orang itu lebih baik dari segalanya seperti mana yang disebut dalam sebuah hadith? Owh..mungkin agama yang awak faham agama versi hiburan dan lambaian..bukan agama versi hujah dan bukti akademik. Lupa pula nak tanya..dalam mahkamah, bukankah diajar untuk berhujah di hadapan hakim? Itu bukan galakkan kebencian ke? Ke awak jenis berqasidah dan melambai je dalam mahkamah tu?

Merujuk kepada status yang diupdate oleh Kak Lat yang juga peguam PKR ;


Status berkenaan bukan sahaja dikritik oleh Ustaz Rozaimi bahkan turut dikecam oleh penyokong2 Zakir Naik di ruangan komen sebelum facebook berkenaan hilang.

Sebelum ini Kak Lat ada mengkritik Zakir Naik dan menerima kecaman hebat oleh netizens sebelum memuatkan status di atas. 

Dan selepas update status di atas, Kak Lat terus menutup account facebooknya. Mungkin malas nak melayan komen-komen yang mengkritik dirinya yang mempersoalkan Zakir Naik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...