Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Januari 2016

Saman Fitnah - Nasruddin Bidas Lim Guan Eng Kaw2 - Kenapa Minta Selesai Luar Mahkamah Jika Nasruddin Menfitnah, Soalnya.


Semalam pegawai khas undang-undang kepada Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan seperti amaran kepada Nasruddin kerana Nasruddin dikatakan cuba mengelirukan umum dengan isu penyelesaian saman di luar mahkamah.

Ini apa yang disampaikan oleh pegawai tersebut untuk edaran media ;

Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:- 

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Walaubagaimanapun, pihak Nasruddin bertindak menafikan kenyataan tersebut. Menerusi laporan portal KLEXPRESS, Nasruddin dipetik sebagai berkata ;

MEREKA saman saya kemudian, mereka mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah. Beberapa kali mereka berunding supaya keluarkan kenyataan mohon maaf dan akan tarik balik saman.

“Realitinya sejak setahun lalu , pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran daripada Guan Eng supaya memohon maaf terbuka, sejak itu saya tegaskan bahawa tiada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah."

Demikian tegas Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini yang mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bertindak menyaman beliau sedangkan bersungguh-sungguh meminta kes fitnah itu diselesaikan di luar mahkamah dengan memohon maaf seolah-olah seperti ingin memperlihatkan pemimpin Pas tersebut mengaku bersalah.
Menurut Nasrudin, saman itu mendakwa beliau telah memfitnah Guan Eng dalam satu artikel bertajuk `Apa beza KIDEX dengan Penang Tunnel?’ yang bertarikh 6 Ogos 2014.

Tegasnya, beliau pernah menimbang situasi itu tetapi membuat keputusan tetap tidak akan memohon maaf kerana masih berpegang kepada prinsip bahawa beliau tidak pernah memfitnah Guan Eng menerusi artikel berkenaan.

“Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah Guan Eng dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

“Malah dalam prosiding, saya nyatakan terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes diteruskan,” katanya.

Jelas Nasrudin, akhirnya Guan Eng bersetuju untuk selesaikan kes berkenaan di luar mahkamah tanpa perlu beliau memohon maaf.

“Pada akhirnya, kami bersetuju dengan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah sebanyak RM10,000 ditanggung defendan.

“Kalau ada pihak yang masih mempersoalkan dan tidak berpuas hati, maka eloklah mereka mempersoalkan pihak yang menyaman yang mendakwa saya memfitnah bersungguh-sungguh tetapi memohon kes diselesaikan di luar mahkamah.

“Sedangkan saya sedia untuk perbicaraan pada bila-bila masa, ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka, Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah, selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir,” katanya.

Dalam pada itu, ahli-ahli PAS juga giat menyebarkan kenyataan di atas.

Hehe..

Ringkasnya ;

1. LGE bersalah. Beria memujuk selesai luar mahkamah. Nasruddin tidak bersalah. Pertahankan diri.

2. Nasruddin tidak menfitnah.

3. Dia bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah (atau mungkin dipaksa untuk bersetuju kot? Hehe) bagi membuktikan dia benar-benar tidak bersalah dan melakukan apa-apa fitnah.

Sekian.

KAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...