Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 November 2015

Pencemaran Bauksit Kini Memasuki Rumah Penduduk Melalui Paip Air? - Baca Pendedahan Ini.


Kenyataan Media
Hjh Fuziah Salleh
Pengerusi Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit
Merangkap Ahli Parlimen Kuantan
8hb Nov 2015

Sumber air minuman Bukit Sagu dan Bukit Goh Kuantan besar kemungkinan tercemar dengan logam berat akibat dari aktiviti industry bauksit yang tidak terbendung.

Tinjauan saya pada hari ini di Bukit Sagu dan Bukit Goh menunjukkan bahawa terdapat aktiviti mencuci tanah yang mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai yang merupakan sumber air yang di ambil untuk rawatan di loji air Bukit Sagu dan loji air Bukit Goh.

Lokasi sumber air yang di ambil untuk rawatan di loji Bukit Sagu (water intake point) ialah di Sungai Batu di titik ia bertembung dengan Sg Rong. Manakala di kawasan huluan Sg Rong pula terdapat aktiviti mencuci bauksit yang melibatkan benteng di buat di sungai tersebut.

Manakala lokasi sumber air untuk di rawat di loji Bukit Goh pula (water intake point) ia lah dari sungai riau dimana terdapat juga aktiviti mencuci bauksit bersebelahan sungai taweh. Didapati bahawa air dari sungai taweh mengalir ke sungai riau di bahagian hulu sebelum lokasi pengambilan air untuk loji air bukit goh.

Dapatan ini menimbulkan keraguan berkenaan dengan kemungkinan terjejasnya kualiti air minuman buat warga Bukit Sagu dan Bukit Goh. Kandungan logam berat dan aluminium boleh menimbulkan pelbagai penyakit buat seluruh warga peneroka Bukit Goh dan Bukit Sagu.

Dengan itu gabungan menentang pencemaran bauksit menuntut Jabatan Kesihatan dan PAIP untuk segera membuat siasatan dan mengeluarkan data kandungan logam berat serta laporan kualiti air minuman dari loji Bukit Goh dan loji Bukit Sagu kepada orang awam. 

Dimasa yang sama pihak PTG haruslah lebih bertanggungjawab dan tidak membenarkan aktiviti mencuci bauksit berleluasa sehingga boleh menimbulkan masalah pencemaran kepada air sungai yang digunakan sebagai sumber bekalan air minuman yang tentunya boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada orang ramai. Pihak gabungan menentang pencemaran bauksit akan terus memantau dan menuntut pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.


Sungai yang di benteng di hulu Sungai Rong. Guna benteng untuk membentuk kolam mencuci bauksit

Tempat mencuci bauksit

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...