Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2015

Ali Tinju VS Jamal - Jamal Anggap Kami Macam Balaci & Barua Luah Ali Tinju.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Eh kejap.

Ali Tinju bukan balaci ka?
Jamal setahu aku balaci juga.
Bukan korang semua stok balaci ka?

Pape pun terus gaduh lagi. Sebab bila korang bergaduh korang akan bocorkan rahsia. Itu yang kami nak tahu tue. Terutamanya part bayaran yang diterima bagi melakukan propaganda.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Laporan oleh The Rakyat Post ;

“Tindakan emosi dan terburu-buru.” 

Itulah reaksi Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju terhadap tindakan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas penganjuran beberapa perhimpunan di Kuala Lumpur. Beliau yang mewakili Gerakan Merah berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama atau mempunyai kaitan dengan himpunan yang dianjurkan Jamal kerana ia dianggap lebih bersifat peribadi. 

“Dia (Jamal) gagal berbincang dengan kami untuk menganjurkan sebarang perhimpunan dan menganggap kami sebagai balaci dan ‘barua’. “Tindakan yang dilakukannya adalah tidak bijak dan tiada matlamat dengan mengadakan demonstari setiap masa. Ianya lebih kepada kehendak dia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakannya yang mengeluarkan Jamal daripada kumpulan WhatsAppnya bersama media dan ahli NGO Melayu. 

Ali Tinju menegaskan Gerakan Merah memperjuangkan isu berbangkit seperti pergaduhan, penghinaan dan kes-kes jenayah yang dapat membuka mata pihak berkuasa untuk tindakan. Menurutnya, Jamal tidak boleh menggunakan tiket sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengadakan demonstrasi setiap masa. 

“Perdana Menteri pun tidak bersetuju dengan tindakan dia dan jangan menganggap tindakannya itu betul. “Undang-undang lebih tegas daripada jawatan yang dipegangnya,” katanya yang tegas tidak akan terlibat dengan sebarang himpunan yang dianjurkan Jamal. Beliau turut menasihatkan Jamal untuk melepaskan jawatan dalam parti sekiranya mahu aktif dalam NGO. 
“Jika mahu kekal dengan jawatan yang ada, dia perlu perjuangkan dan beri tumpuan kepada ahli dan parti. Bukan senang untuk jadi ketua persatuan,” katanya. Sementara itu, Jamal ketika diminta mengulas mengenai namanya dikeluarkan dari grup WhatsApp Ali Tinju bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan balas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...