Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 September 2015

Pegawai Khas Rosmah Nafi Najib, Rosmah Cabut Ke Luar Negara Pada Sambutan Hari Malaysia.


"Malam esok PM akan bersama rakyat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu untuk Majlis Sambutan Hari Malaysia."

Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Rizal Mansor, pegawai khas kepada Rosmah Mansur dalam menjawab kritikan terhadap Najib yang kononnya sedang melarikan diri ke luar negara bersempena dengan sambutan hari Malaysia yang dijadualkan pada 16 September (esok).

Kata Rizal Mansor menerusi laman sosialnya ;
Shahbudin Husin BOHONG bila mengatakan PM berada di luar negara ketika sambutan Hari Malaysia..
PM ketika ini sedang melakukan lawatan kerja ke Sarawak dan akan berlepas ke Kota Kinabalu petang nanti..

Ini berikutan tindakan Shahbudin yang melaporkan Najib ke luar negara ketika sambutan Hari Malaysia berlangsung. Shahbudin mempersoalkan tindakan Najib yang tidak menghadiri perhimpunan rakyat (melayu) bersatu yang dianjurkan oleh kumpulan merah bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Kritikan tersebut dilaporkan oleh portal FMT yang dipetik menerusi laman blog milik Shahbudin ;
Ketika rakyat diseru menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiada di dalam negara.
Pada tarikh yang sama Hari Malaysia disambut, beliau berada di London sebelum bertolak ke Amerika Syarikat bagi menghadiri mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berikutan ketiadaan orang nombor satu dalam perhimpunan pro kerajaan itu, ia menjadi tanda tanya siapa pemimpin kanan lain yang turut serta.
Persoalan itu dibangkitkan bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya, adalah tidak adil jika pihak yang menyokong sahaja yang hadir sedangkan yang disokong tidak menampakkan diri.
“Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO dan kerajaan juga masih belum kedengaran janji mereka untuk menghadiri perhimpunan itu yang tujuan besarnya ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya,”tulis Shahbudin.
Bahkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menyeru rakyat menghadiri perhimpunan bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan para pemimpinnya, siang-siang lagi memaklumkan tidak dapat hadir.
Kata Ku Nan, ia bertembung dengan program beliau yang lain.
“Habis, siapa pemimpin UMNO dan kerajaan yang hadir nanti? Adakah Zahid? Hishammuddin? Khairy Jamaluddin? Yang lain-lain?
“Pemimpin yang sudah terbuang, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah teringin untuk datang sama?
“Berapa ramai menteri yang akan menunjukkan muka agaknya?,”soalnya di shahbudindot.com. -FMT

Oke. Bab Najib nak hadir ke perhimpunan melayu ke apa ke lantak la. Aku tak kisah pun dia nak buat apa. Tapi yang dok sebar kata dia ke luar negara tue buat apa. (Harap2 Rizal Mansor mmg nyatakan benda fact) Tak memasal aje kan. Dak2 pembangkang bukan pedulik pun si Najib nak hadir demo kumpulan merah ke taknak. Tapi mereka lebih peduli isu penting seperti jika Najib ke luar negara ;

- Naik apa?

- Berapa lama?

- Dengan siapa?

- Penting ke?

- Kos berapa?

Kan itu semua kos-kos yang ditanggung marhaen. Maka itu isu pada kami.

Puak2 UMNO punya bebal sampai persoalkan kepentingan Najib menghadiri perhimpunan tersebut berbanding isu2 penting. Memang low class depa neh.

Dah sebar benda bukan2 lepas tue nama pembangkang gak kena pickup. Ini taktik biasa yang mana nak mengalihkan kesalahan pada puak2 pembangkang.

Sejujurnya juga la. Jika Najib ke luar negara pada hari tersebut, aku akan beranggapan Najib nak melepas tangan terhadap apa jua provokasi yang bakal timbul kesan dari tindakan perhimpunan tersebut. Persepsi ini memang ada. Tak mao la aku nafikan juga.

Tetapi aku tak fikir perhimpunan merah akan ;

- Mendapat sambutan

- Berlaku apa2 perkara negatif

- Kalau ada gaduh2 pun mesti dah dirancang secara awal untuk tarik simpati & perhatian umum

Contoh kes ;


Ini semua taktik-taktik propaganda bagi menaikkan semangat melayu agar menghadiri perhimpunan tersebut je. Kalau nak hadir, hadir la. Hak korang, demokrasi kan. Walaupun tujuannya tersangatnya lawak. 

Tetapi takde la KL boleh lumpuh. BERSIH 3 yang ramai, siap main kejar2 dengan FRU pun tak lumpuh. Ini kan pula seciput dua yang berdemo. Jadahnya KL boleh lumpuh. Agak2 la nak propa pun.

Bab geng2 UMNO yang dikerah dan akan terima bayaran jika menghadiri perhimpunan tersebut, aku ada banyak sebab nak percaya bahawa perkara itu bukannya mustahil.

Orang yang ada pengalaman, atau orang yang mana kawan2 dia, sedara mara dia, suku sakat dia, pernah dibayar untuk hadiri apa2 program dan himpunan geng2 UMNO neh akan tahu samada perkara neh benar atau tidak.

Kalau kita tak pernah buat, susah orang nak percaya. Tapi bukan sebab kita memang selalu buat ke, itu yang sampai orang begitu mudah mempercayai sebaran di laman sosial, tak gitu?

Apa-apa pun aku tak sabar-sabar nak tengok monyet2 merah beraksi besok. Maki Mahathir sudah. Silat angin sudah. Seni pertahankan pukul diri sendiri sudah. Nafi anjur program lepas tue muka itu juga keluar siang malam dok citer tentang perhimpunan juga sudah. Sesi rempit sambil jelajah cari sokongan pun sudah. Jemput cina dan india hadiri perhimpunan pro melayu pun sudah juga. Apa lagi agaknya lawak yang akan mereka persembahkan esok? Itu yang buat aku bersemangat nak follow. Mesti kelakar wei. Tergugat Jozan ko tengok neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...