Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 Ogos 2015

Matawang Kita Tak Laku Di Arab Saudi - Ketua Biro Umrah & Haji.

Takpela. Yang penting sektor pelancongan kita subur dan bertambah dan kita juga boleh mengeksport lebih banyak barangan tempatan ke pasaran luar memandangkan nilai ringgit dah susut semakin lama semakin teruk.

Macam confident je jumlah eskport kita ke luar negara akan bertambah dengan kejatuhan ringgit. Asalkan menteri yang sebut, confirm betul dah tue.

KAH KAH KAH

Ini petikan berita baru2 neh ;


 
Sebelum neh DR. Maza viralkan kisah pelajar2 JORDAN yang tersepit dengan kejatuhan ringgit dan berharap ada pihak2 yang tampil membantu pelajar2 tersebut.

Kemudian kecoh pula kes yang mana matawang kita tidak diterima di Hong Kong akibat terlalu lemah dan rendah.

Dan sekarang kes Arab Saudi pula.

Laporan tersebut ada menyebut ;

“Sekiranya keadaan ini berterusan, ba­nyak agensi pe­lan­congan tidak mampu bertahan lama dan membatalkan pakej se­dia ada kerana terpaksa menanggung sendiri kos yang semakin meningkat terutama bagi pelanggan yang telah membuat pembayaran awal

Beliau juga turut memohon kepada kerajaan untuk menyediakan program bantuan atau insentif kepada syarikat-syarikat dan agensi pelancongan bumiputera yang terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit. “Kita merayu agar syarikat penerbangan dapat membantu kami dengan mengembalikan wang deposit atau bayaran penuh penerbangan yang telah dibuat oleh agensi-agensi pelancongan ini bagi meringankan beban kerugian mereka. “Kami juga amat berharap kerajaan dapat melihat perkara ini secara serius dan membantu kami kerana banyak di antara agensi kini mengalami kemerosotan tempahan hampir 50 peratus walaupun pada musim cuti,” katanya.

Kejatuhan ringgit baik untuk negara walaupun ;

1. Syarikat tempatan mengalami kerugian bahkan bakal menamatkan operasi yang sekaligus menyaksikan rakyat kita bakal kehilangan kerja dalam dan luar negara (yang membabitkan agensi pelancongan)?

2. Rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk pergi umrah dan haji?

3. Membebankan pelajar sedia ada luar negara?

4. Menyebabkan kos biasiswa dan tajaan meningkat jika mahu menghantar pelajar2 kita melanjutkan pelajaran ke luar negara?

5. Menyebabkan kerajaan perlu keluarkan lebih wang jika ke luar negara atas urusan kerja? Mama Rosmah kau sekali ke luar negara bukan cikai2 punya belanja. Itu masa wang stabil. Sekarang tatau la berapa nak tanggung setiap kali menteri, timbalan ke luar negara atas urusan kerja.

Konon kejatuhan ringgit hanya sementara. Dari bulan satu bawa ke bulan lapan. Makin jatuh lagi ada.

Terkadang kagum juga aku dengan pemikiran positif pemimpin negara. Tatau nak puji macam mana lagi dek terlalu kekaguman.

Hehe.

 

Btw. Paparan berita versi online pun ada. Cuma UTUSAN tak update sepenuhnya macam versi akhbar.

Rujuk ==>  utusan.com.my/berita/nasional/harga-pakej-pelancongan-meningkat-30-peratus-1.125954

Versi online tak pula lapor matawang kita tak laku kat Arab Saudi. Lapor tak lapor pun tak penting. Sapa yang dok kerja dalam industri neh tahu la hakikatnya. Nak tipu macam mana pun tak boleh dah. Kejatuhan ringgit sekarang memang betul2 menyusahkan hidup kita sebenarnya. Tinggal lagi menteri taknak mengaku je.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...