Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Jun 2015

Fakta-fakta Tentang Kerugian MAS Yang Anda Mesti Baca.


Bermula bulan September nanti, apa yang ada ialah MAS Newco. MAS dengan jenama Malaysian Airlines telah berakhir riwayatnya pada ketika itu.

Kesan kematian MAS ialah ;

1. 6,000 kehilangan pekerjaan.

2. 6 b ialah pelaburan dari wang pembayar cukai melalui Khazanah Nasional untuk memulihkan syarikat baru (MAS NewCo = Malaysian Airlines Berhad, previously Malaysian Airlines System Berhad) secara berperingkat sehingga disenaraikan semula pada tahun 2019 (jangkaan).

Pekerja MAS diberhentikan kerja.
Rakyat Malaysia tetap kena keluar modal dan serap kerugian.

Imbasan semula sejarah kerugian MAS ;

1. Bermula pada tahun 1994.

2. Tajuddin Ramli membeli kepentingan MAS (saham) melalui pinjaman dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebanyak 1.79 billion.

3. Kemudiannya, beberapa tahun selepas itu Tajuddin terjejas dengan krisis kewangan 1997.

4. Pada ketika inila kerajaan campurtangan dan membeli semula kepentingan Tajuddin di dalam MAS.

5. Pada tahun 1994, Tajuddin membeli saham MAS pada nilai 8 ringgit seunit.

6. Pada tahun 1998, proses pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan dari Tajuddin juga dibeli pada harga 8 ringgit saham untuk seunit!

7. Pada tahun 1994 ketika Tajuddin membeli kepentingan MAS, syarikat itu sangat stabil dan membawa keuntungan.

8. Tetapi ketika kerajaan membeli kepentingan semula dari Tajuddin Ramli, MAS sebenarnya hampir bankrupt dan rosak disebabkan salah urus tadbir Tajuddin Ramli sepanjang masa dia menjadi CEO kepada MAS.

9. Harga seunit saham yang dimiliki oleh Tajuddin Ramli ialah 3.68 sen sahaja (mengikut harga pasaran) tetapi kerajaan membayar sehingga 8.00 untuk seunit saham. (Atas alasan bagi memastikan projek KLIA boleh terus berjalan pada ketika itu)

10. Pada tahun 1998, MAS mencatatkan kerugian 256 juta.

11. Pada tahun 2000, MAS terus kekal rugi sebanyak 255.7 juta.

12. DANAHARTA kemudiannya menggunakan penyelesaian luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang Tajuddin sebanyak 589 juta.

13. 589 juta ialah pinjaman Tajuddin menerusi MAS yang mana pinjaman itu dilupuskan selepas berakhirnya proses tuntutan di mahkamah (DANAHARTA memohon penyelesaian luar mahkamah).

14. Pada tahun 2005, kerajaan akhirnya mengumumkan yang operasi MAS mencatatkan kerugian 1.3 billion dan langkah strategik akan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

15. Pada tahun 2007, MAS mencatatkan keuntungan 852 juta.

16. Pada tahun 2009, MAS mencatatkan keuntungan 522 juta.

17. Pada tahun 2013, MAS kembali mencatitkan kerugian sebanyak 1.16 billion. Selepas Idris melaksanakan pelan pemulihan ke atas MAS yang disifatkan sebagai GAGAL.

18. Pada ketika itu MAS dinyatakan rugi di antara 4 hingga 5 juta sehari.

19. Bermula pada tahun 1994, 20 billion wang pembayar cukai telah digunakan demi menyelamatkan operasi MAS.

20. Pada tahun 2014, MAS mencatitkan kerugian 7 juta setiap hari.

21. MAS mempunyai liabliti sebanyak 12 billion (2014).

22. Pada tahun 1985, harga seunit saham MAS pernah mencecah 11.50.

23. Tetapi selepas MAS mencatitkan kerugian, harga saham MAS jatuh sehingga 27sen seunit.

24. Tindakan itu juga menyebabkan MAS menjual banyak bangunan (aset syarikat) dalam dan luar negara bagi menampung operasi syarikat dan menyerap kerugian.

25. 9.4 billion ialah angka kerugian terkumpul yang berpunca dari Tajuddin Ramli bermula pada tahun 1994.  

26. Ketika Tajuddin menerajui MAS, syarikat itu mempunyai 600 juta rizab tunai.

27. Dan selepas Tajuddin meninggalkan MAS sepenuhnya pada tahun 2001, MAS mencatitkan kerugian terkumpul pada 9.4 billion banyaknya.

28. Untuk rekod, Tajuddin juga gagal membayar hutang2nya terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan ketika mengambilalih MAS pada tahun 1994.

29. Konflik pengurusan paling teruk dihadapi oleh MAS apabila ;

- Audit mendedahkan bahawa berlakunya salah guna kuasa di dalam pengurusan MAS.

- Proses tender dan pengagihan projek yang tidak terbuka dan menepati proses ketelusan.

- MAS kehilangan 2 pesawat penting MH370 dan MH17 pada tahun 2014 di mana MH370 hilang tanpa dikesan manakalanya MH17 jatuh ditembak dalam ruang udara Ukraine.

- Pentadbir MAS gagal membawa keuntungan semula kepada MAS bahkan proses pembaharuan MAS juga gagal oleh Idris Jala.

- MAS membayar gaji terlalu tinggi terhadap beberapa pengurusan walaupun terbukti pengurusan MAS gagal menyelamatkan dan membawa keuntungan kepada syarikat.

- Campurtangan politik dalam menentukan jawatan tertinggi MAS membawa kesan yang lebih teruk terhadap prestasi syarikat itu.

- Tender2 berat sebelah, yang tidak membawa keuntungan kepada MAS. Tender yang diwujudkan atas nama politik dan kronisme.

30. Pada tahun 2014, dalam satu wawancara bersama CEO pertama dan individu yang bertanggungjawab mewujudkan MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman, 81 tahun memaklumkan ;

- Telah beberapa kali berjumpa dengan Khazanah Nasional bagi proses mengambilalih MAS demi tujuan membetulkan semula syarikat penerbangan negara melalui syarikat Jentayu Danaraksa.

- Namun proposal dan kertas cadangan tersebut ditolak oleh Khazanah Nasional.

- Sedangkan Tan Sri Abdul Aziz mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun menerajui MAS dan tahu selok belok operasi MAS sebelum dirosakkan oleh dasar penswastaan Mahathir dan Tajuddin Ramli. Rujuk sini.

- Dalam wawancara itu juga Abdul Aziz turut mengulas tentang langkah Khazanah Nasional yang mahu membuang 6,000 kakitangan MAS (ketika itu, kini MAS dah pun memecat 6,000 kakitangan mereka pada 1 Jun 2015) ;
Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.

Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soal lah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur, dan pengurusan tak buat apa-apa.

Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.

Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.


Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.

Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata it’s not apples to apples.

Tambahkan Abdul Aziz lagi ;
Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.

Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.

Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.
Dan tambahan lagi ;
Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.

Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).

Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.

Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.

MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.

Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.

Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.

Pendapat aku tentang Muller pula ;

31. Muller dipersalahkan sedangkan peranan Tajuddin, BN (selalu pentadbir pusat), perdana menteri seperti Mahathir dan Abdullah Badwi serta Idris Jala yang merugikan MAS dilenyapkan begitu sahaja.

32. Memang Muller dibayar gaji yang tinggi tetapi itu bukan bermaksud Muller dibayar melalui MAS. Silap2 wang pembayar cukai yang tanggung gaji tinggi Muller dalam pelan pemulihan MAS.

33. Peranan Muller hanyalah sementara waktu sahaja bagi melepaskan MAS dalam saat-saat genting. MAS membeli pengalaman dan kepakaran Muller dalam menyelamatkan sebuah syarikat yang dah muflis dan menanggung kerugian yang teruk. Ini kerana, siapa pun kerajaan lantik jika dia ialah orang Malaysia kita akan menilai bahawa perlantikan tersebut ialah perlantikan atas dasar politik.

34. Dan sebelum ini, berkali2 kita dah mengetahui MAS akan menamatkan perkhidmatan ribuan kakitangannya sebelum Muller memasuki MAS lagi.

35. Aku tak bersetuju juga dengan tindakan menamatkan khidmat 6,000 kakitangan MAS yang sepatutnya ditekankan ialah ;

- Kurangkan gaji pengurusan tertinggi yang dilihat tidak masuk akal.

- Untuk seimbangkan jurang pendapatan atas bawah.

- Dan juga untuk mengekalkan kuantiti pekerja bawahan yang sepatutnya.

- Tidak sepatutnya MAS tamatkan khidmat pekerja yang sedang cuti bersalin.

- Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan kakitangan yang menjadi tunggak utama keluarga.

- Tidak sepatutnya juga MAS memberhentikan suami isteri yang berkhidmat dalam MAS.

Sepatutnya. Untuk proses berhentikan pekerja, ia perlu dibuat oleh pihak ketiga yang bebas. Jika orang2 dalam MAS sendiri yang buat, sudah tentu wujudnya unsur2 favoritism. MAS pun sepatutnya sediakan garis panduan tertentu sebelum bertindak membuang pekerja. Dan pekerja2 yang perlu dibuang haruslah menepati garis panduan tersebut. Ini main buang aje. Orang yang laki bini kerja dengan MAS pun kena buang. Orang tua pun kena buang. Fikir sikitla. Orang tua kan susah nak dapat kerja. Biarlah ada belas ihsan sikit. Lagipun, bukan mereka yang buat MAS rugi. MAS rugi disebabkan pihak pengurusan tertinggi yang salah urus tadbir. Yang buat keputusan perniagaan yang salah. Bukan salah kakitangan bawahan. Kehilangan MH370 dan ditembak matinya MH17 ialah wake up call. Kalau tidak sampai sekarang agaknya MAS akan menyusahkan rakyat untuk bail out mereka dari tahun ke tahun dan teruskan lantikan politik atas nama kronisme. 

Namun sayangnya, untuk menyedarkan MAS, kita perlu kehilangan 2 pesawat, korbankan ratusan nyawa dan 6,000 kakitangan pekerja MAS menjadi mangsa. Harga sebuah ketidaktelusan bermula tahun 1994. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan ; 

http://www.sinarharian.com.my/rencana/cari-siapa-perosak-mas-1.343720

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/the-21-years-of-mismanagement-that-brought-mas-to-its-knees

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/22/cari-siapa-perosak-mas-abdul-aziz/

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/siapa-perosak-sebenar-mas-muhammad-ali-hashim

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mas-masih-cari-pekerja-baharu-menurut-laman-rasmi

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekerja-mas-cuti-bersalin-juga-diberhentikan-dakwa-nufam

https://www.facebook.com/BenciHargaNaik/photos/a.133152726724505.11635.133145123391932/966808803358889/?type=1

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...