Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Jun 2015

DAP Umum Boikot Muktamar PAS.

Pendirian DAP ini salah.

- Bila DAP declare boikot, itu maksudnya DAP mencabar dan bertujuan provokasi.

- Ini akan melebarkan lagi jurang perbezaan di antara dua komponen utama dalam PR.

Macam mana nak tawan Putrajaya jika ;

1. PAS tak ngam dengan DAP.

2. Dap tak ngam dengan PAS.

Sepatutnya ;

1. Ahli2 + penyokong2 PAS dan DAP menggunakan akal fikiran mereka.

2. Tak perlu ikut perangai bodoh pimpinan.

3. Kau semua bukan tatau konflik perpecahan semakin menebal.

4. Sebagai ahli2 partisan, bersatu la. At least korang kena bersatu desak pimpinan selesai masalah di meja rundingan.

5. Sapa serang sapa korang jangan sokong, layan atau kecoh-kecohkan.

6. Sebaliknya semua bersatu desak pimpinan agar selesaikan masalah secara bertutup. Ahli2 boleh start terajang pimpinan masing2 sebab benak sangat nak buat macam tue.

7. Ini tidak. Pimpinan dah sangap bodoh. Ahli plak sangap provokasi. Sampai mati pun tak settle masalah.

8. Penyudahnya. Putrajaya ke mana, BN tak mampos-mampos lagi.

RELAX LA.
Berbeza pendapat tiada masalah.
Tapi ini bukan tahap perbezaan pendapat dah.
Ini ke arah memecahkan Pakatan Rakyat (walaupun tak pernah wujud secara organisasi berdaftar).

Jadi sebagai ahli2 atau penyokong2 yang setia pada partisan, korang semua dah patut faham yang mana peranan kau tak boleh lagi dah memprovokasi mana2 parti kawan sebaliknya bertenang dan mula mendesak pimpinan agar selesaikan konflik secara tertutup.

Buat la post mortem disana dan carila solusi terbaik.
Takan tak nampak-nampak lagi BN menggunakan isu neh bagi menambahkan lagi perselisihan faham yang wujud antara PAS dan DAP?

Ahti2 yang disakiti tidak akan boleh pulih dengan cepat dan mudah. Tetapi jika ahli2 dan penyokong2 PAS dan DAP bersatu dan mula mendesak pimpinan2 gila plus meroyan korang untuk selesai masalah di meja rundingan, at least harapan untuk BN tumbang masih ada pada PRU ke 14. Atau nak tunggu 5,6 bulan sebelum PRU baru la berbaik2 semula, berlakon2, tunjuk gambar berpeluk dan sebar memorandum penyatuan apa semua?

Time tue orang semua dah boleh expect korang berlakon la setan.
Lagipun. Dari buang2 masa bergaduh kan bagus tumpu perhatian cari masalah rakyat sebagai persediaan awal ke arah menambat kepercayaan rakyat terutamanya di kawasan2 kampung yang tegar BN. Patut ini yang si gila DAP dan PAS buat. Kenapa nak focus pada perbezaan kecil sampai abaikan persamaan2 besar yang wujud dalam parti PAS dan DAP. Ke DAP dan PAS neh agent SB dari BN yang menyamar untuk menjatuhkan PR ke macam mana?

KAH KAH KAH

Baca ;


DAP mengesahkan parti itu 'memboikot' muktamar PAS tahun ini.

Setiausaha organisasinya Anthony Loke berkata pemimpin DAP tidak akan menghadiri ke Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam hari ini, dan juga Muktamar PAS pusat di Kuala Selangor Khamis ini.

"Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada ketidakhadiran mereka disebabkan isu pelaksanaan hukum hudud, Loke berkata: "Bukan alasan".

Pemuda DAP memutuskan hubungan dengan rakan Pemuda PAS pada Mac kerana tidak bersetuju berhubung isu hudud.

Kepimpinan DAP pusat turut memutuskan hubungan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih bekerjasama dengan PAS.

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun hadir pada muktamar Pemuda itu. -Mkini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...