Kenapa selepas dilaksanakan? Bukannya sebelum itu? Ada juga yang mempersoalkan tindakan mufti Wilayah yang lambat mengambil pendirian dan menegur tindakan kerajaan dalam melaksanakan cukai GST bermula 1 April 2015 yang lepas.
Tapi pada aku.
Mungkin mufti Wilayah sedang mengumpul keberanian dan kekuatan.
Sebenarnya. Semakin kau di puncak kuasa, semakin banyak benda yang kau kena fikir. Macam-macam risiko yang kau kena hadap. Macam kita juga, mereka-mereka yang berkuasa dan berjawatan neh pun ada tanggungan dan bebanan tertentu.
Contoh.
- Jika hilang jawatan. macam mana dengan ansurans rumah dan kenderaan?
- Jika hilang kedudukan, adakah masih berpeluang dapat kerja lain atau akan disekat oleh kerajaan habis-habisan?
- Jika berterus terang dengan pemimpin negara, mampu kah merdeka seperti biasa atau terus dihumban ke penjara? Atau silap-silap semua rahsia hidup kita kena korek dan didedahkan demi memalukan maruah diri kita?
Tadi. Viral di laman sosial yang mana mufti Wilayah akhirnya memecahkan tradisi (MAZA sentiasa menegur kerajaan sebelum dan selepas dilantik menjadi mufti maka ianya bukan perkara yang pelik) apabila lari dari kebiasaan dengan menegur tindakan kerajaan mencukai orang Islam dan orang miskin dengan pelaksanaan GST.
Berikut antara yang disebutkan oleh mufti Wilayah ;
- Orang Islam telah membayar zakat dan patut dikecualikan dari membayar GST
- Orang miskin sepatutnya bebas dari dicukai
- Kadar peratusan GST sepatutnya dikurangkan dan diselaraskan dengan kemampuan rakyat jelata pada masa kini
- Adakah nanti dengan pelaksanaan GST ianya akan memperbaiki kehidupan rakyat dari segi infrastuktur? Betul kah ianya akan berlaku?
- Pelaksanaan GST juga seharusnya dilakukan dengan penuh amanah
- Mekanisme kutipan GST juga perlu bebas dari sebarang unsur penindasan
Aku syak la. Cakap tentang amanah tue sebab mempersoalkan intergriti pemimpin negara. Cakap tentang mekanisma pula mesti nak sebut yang pelaksanaan GST tak mencapai ke satu tahap yang dicanang-canang oleh kerajaan. Sembang saja lebih. Hasilnya TOPUP kena GST juga.
KAH KAH KAH
Pada aku. Untuk lebih berkarisma lagi, mufti Wilayah kena turun demo 1 Mei. Lawan dengan tindakan. Bersuara sudah. Bagus. Sekarang turun demo pula. Tunjukkan penentangan.
Apa-apa pun kini di laman sosial. Ramai juga yang mempersoalkan adakah kedudukan mufti Wilayah akan selamat selepas melakukan teguran secara terbuka ini. Almaklumla. Kerajaan kau neh pelik sikit. Semakin kau jujur semakin macam bersalah pula kau dibuatnya. Semakin kau menjadi penipu, semakin tinggi pula kau diangkat-angkat, dijulang-julang. Pendek kata jadi jujur, terus terang, bercakap benar takde tempat di Malaysia. So, faham-faham la kenapa orang merisaukan kedudukan mufti Wilayah atas teguran yang dibuatnya neh.
KAH KAH KAH
Kbai.