Tu dia aihh. Polis kau nak siasat Mahathir la pula. Dasat kau. Dasat.
Oke. Aku pelik sikit dengan movement kerajaan dalam isu kritikan Mahathir ke atas Najib. Ini patern yang aku nampak la.
1. Mahathir kritik Najib dalam banyak perkara.
2. Mahathir paling lantang persoal isu pemberian BRIM.
3. Then Mahathir bidas tentang 1MDB.
4. Kemudian Mahathir sindir bab Rosmah.
5. Kerajaan beli jet, hutang dan bon, cara kerajaan uruskan wang dari PETRONAS, isu berkaitan pembaziran dan pelaburan 1MDB. Semua Mahathir sebut.
Dari tahun ke tahun Mahathir bidas.
Mula-mula sikit.
Cakap sikit, Mahathir cool down, lepak.
Cakap balik selepas beberapa bulan.
Then sekarang secara berterusan Mahathir lawan.
Dah agak lama dan berpanjangan sebenarnya Mahathir kritik Najib.
Dan Najib kau sangat cool. Dia buat derk jek dengan kritikan Mahathir. Sejak dari dulu lagi. Mana pernah dia jawab secara LIVE ke RAKAMAN ke di kaca TV. Apa yang dorang rajin buat ialah jawab di laman sosial. Geng2 UMNO kau akan sebarkan info grafik dan penerangan atas semua isu-isu yang mempersoalkan pentadbiran Najib dari segi intergriti, ketelusan, amanah dan kecekapan. Lepas tue menteri2 macam Ahmad Maslan kau tue akan sambung meroyan di forum-forum, majlis-majlis, ceramah-ceramah dengan muka slumber dia. Nampak sangat Najib terkesan tapi walaupun terkesan Najib tetap cool dan buat tak hel dengan kritikan Mahathir terhadapnya.
Tapi segala-segalanya mula berubah apabila subjek Altantuya dimasukkan.
Kena kritik BRIM - cool.
Kena kritik soal 1MDB - cool.
Kena kritik isu penyelewengan - cool.
Kena kritik isu pembaziran - cool.
Kena kritik isu Rosmah - cool.
Kena kritik isu Altantuya? Altantuya? Altantuya???
Actually isu Altantuya bukan kritikan pun. Ia hanyalah pertanyaan. Tapi pelik juga aku. Lain yang ditanya lain yang dijawabnya. Macam Zaid Ibrahim sebut la.
Mahathir tanya. Siapa arah Sirul bunuh Altantuya. Kenapa jawab rubbish apa semua. Itu tak menjawab kepada persoalan kot. Patutnya Najib beri respon begini. Ah apa, Sirul kata dia diarah? Oke, hal-hal berkaitan jenayah you all reporters can go to KPN dan ask him about that okey. I don't know. Me not KPN. Me PM. Me can tell you if me know the details but me now not know the details. So ask the KPN what is he going to do after heard Sirul's confession. Whetner the PDRM is going to investigate or not or whatsoever it's their call not mine. Oke tata babai dada didi dudu ye reporters. Mamamia calling2 suruh balik.
Andai Najib jawab macam tue kita pun fikir. Hmm logik juga kan. Jadahnya kau expect Najib tahu sapa arah bunuh Altantuya. Mestilah KPN punya bidang tugas nak siasat ka jawab ka apa ka. Hmm. Logik2. Good job Najib.
Tapi ini tidak. Tetiba je jawab rubbish. Rubbish pejadah. Belum siasat dah memandai rubbish. Kau buat orang syak buat apa.
Lepas tue. Najib jawab pula di tv. Kali neh bagi tambah orang pening. Menambah syak apa semua.
Kan Mahathir tanya. Sirul kata dia diarah. Maka siapa arah. Itu kena la beri jawapan. Point Mahathir mudah. Bukan dia nak Najib jawab. Woi gile. Aku la yang arah dia bunuh. Hah, puas ahti semua. Aku dah penat kena tuduh. Alang2 baik mengaku terus. So apa kau semua nak buat. Tembak aku ke apa. Nooooooooooo. Sebaliknya. Mahathir nak PDRM buka semula kertas siasatan dan cari la siapa yang arah pembunuhan tersebut. Dan Najib pun. Patutlah jawab dan berpendirian seperti itu. Bukannya jawab saya tak kenal Altantuya. Orang tanya sapa arah bunuh kau jawab kau tak kenal Altantuya. Adoiyaii. Bagi aku serabut je la. Dah la aku bekap Najib kat wassap. Aku selalu cakap aku tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Jika dilibatkan aku percaya bukan sengaja nak terlibat tetapi dilibatkan sebab berkaitan Razak Baginda dan Scorpene. Pada aku cerita Altantuya neh dalang dia Razak Baginda. Itu yang aku fikir. Tapi gerak geri Najib neh memang boleh buat orang syak tak memasal.
Sebab ia semakin ketara sejak kebelakangan ini. Mahathir sentiasa mengambil pendekatan mengkritik Najib. Ia bukan benda baru pun. Tapi apabila subjek Altantuya dimasukkan, tetiba je Najib kau muncul di TV. Dan tetiba je timbalan menteri keluar statement bahawa Mahathir bukan kebal dari undang-undang. Siasatan akan dijalankan ke atas Mahathir atas satu laporan polis yang dibuat oleh SAMM. Yang aku pelik. SAMM buat report berapa lama daaaaa. Apesal baru sekarang kau semua nak siasat daaaaa. Ini betul-betul cerita kartun ke cerita apa yang aku tengok neh setan. Semakin lama semakin sasau plak otak aku fikir kaitan antara satu babak dengan babak lain. Boleh jadi gile kot.
Lepas tue desakan minta Muhkriz letak jawatan. Dan Mukhriz diminta tunjuk pendirian. Buat pilihan. Antara bapa kandung dengan big boss.
Serang Mahathir sudah.
Serang anak Mahathir pun sudah.
Rakan-rakan Mahathir dah lama kena serang.
Tapi selepas subjek Altantuya dimasukkan, kita tengok serangan terus naik ke atas batang tubuh Mahathir. Takde tapisan lagi dah. Loud and clear.
Itu aku cakap. Benda-benda macam neh la buat orang jadi syak. Dari aku yang selalu firmly fikir Najib mungkin dilibatkan sebab peranan Razak Baginda dan Scorpene, tetiba aku fikir benda lain pula.
Sapa salah? Yang sediakan teks jawapan Najib dan Najib la yang salah bila bagi orang syak. BANGANG.
Baca ;
Kerajaan memberi jaminan akan bertindak terhadap laporan Polis yang dibuat berhubung tindak-tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun mempunyai rekod cemerlang sebagai pemimpin yang disegani, ia tidak bermakna bekas Perdana Menteri itu kebal di sisi undang-undang.“Bila ada laporan, polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Tidak ada orang yang boleh terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang,” tekannya kepada pemberita di perkarangan Dewan Negara.Pada 8 April lalu, Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia SAMM membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Dr Mahathir atas dakwaan menghasut.Ia berkaitan kenyataan Dr Mahathir yang mempertikai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pembabitannya dalam pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. -FMT.