Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 November 2014

Akhirnya Najib Mungkiri Janji Mahsuh Akta Hasutan - Itupun Kena Puji Sakan.


Siang tadi. Lebih kurang pukul 3 kot. Aku tak ingat sangat. Masa tengok Awani tadi. Awani siarkan secara LIVE. Pengumuman Najib yang dia membatalkan hasrat untuk memansuhkan akta hasutan selepas mendengar keluh kesah akar umbi.

Saya dah dengar cadangan pemuda.
Saya dah dengar cadangan semua.
Timbalan pun cakap perkara yang sama.
Dengan ini saya umumkan bahawa akta hasutan akan terus dikekalkan.
Dan ianya akan ditambahbaik sekurang2nya dengan 2 perkara.
Saya dah periksa perkara tersebut. Tidak terdapat dalam akta hasutan.
Perkara yang berkaitan perihal Islam dan agama juga kempen2 Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia akan dimasukkan..

Dan blablbalbal..

Lebih kurang begitulah point2 si Najib malaon tue.

Then. Kena puji sakan. Benda la. Dah la terbukti mungkir janji. Lepas tue beria2 plak depa puji tindakan Najib. Tak faham aku. Buat salah pun kena puji. Kalau aku buat salah laju2 aje geng neh tibai. Sial. 

Semalam depa dah buat gimik. UMNO dah buat gimik. Bagi hint. Bagi clue. Bahawa akta hasutan akan terus dikekalkan. Dan hari neh Najib umumkan bahawa dia tak jadi mahsuhkan akta hasutan 1948. Maksudnya 2 tahun lepas sebelum PRU ke 13, dia buat gimik sebenarnya. Gimik PRU. Nakharom punya Najib.

Sebenarnya. Akta hasutan neh sejenis akta yang gila. Tak boleh biar ada sebab kecenderungan dia di salahguna sangat tinggi. Ini kerana tiada garis panduan yang jelas bagi menghuraikan keterangan apa, kenyataan macam mana yang di anggap sedang melakukan hasutan.

Akta ini adalah sejenis akta yang boleh dimanipulasikan bagi memelihara dan melindungi kepentingan pihak2 yang berkuasa. Andaikata kita kritik kerajaan. Kerajaan pada bila2 masa boleh gunakan akta hasutan bagi menukarkan kritikan kepada hasutan melalui pendakwaan di bawah akta tersebut.

Andaikata kita buat kempen untuk jangan undi BN.
Kerajaan boleh anggap kita sedang melakukan hasutan bagi mengurangkan sokongan terhadap BN.

Andaikata aku (bukan andaikata lagi dah neh) mempersoalkan, mempertikaikan, meminta bukti, apa jasa2 raja kat negara neh sehingga aku diseru untuk menerima jawatan mereka (sultan, raja ialah sejenis pangkat ciptaan manusia) bagi menghalalkan bayaran insentif kepada golongan diraja tiap2 tahun, ia boleh dimislead sebagai melakukan hasutan dan boleh didakwa di bawah akta hasutan.

Nampak?

Lepas tue Najib nak masukkan Islam (bagi melindungi hal2 berkaitan agama) adalah sesuatu yang boleh didakwa di bawah akta hasutan. Maksudnya. Sesiapa yang didapati atau dianggap sedang melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan agama2 lain mereka2 neh boleh didakwa di bawah akta hasutan.

Wooo wo.. wooo..

Aku tak setuju. Bukan bermaksud aku suka atau sokong sesiapa hina agama sesiapa tanpa kira agama atau apa.

Tapi aku fikir. Bahawa kita neh bebas mengeluarkan pendapat. Dan kalau pun ada sesiapa yang keluarkan pendapat berupa penghinaan, maka tegur, nasihat, marah dan kutuk dia balik sudah la. 

Walaupun tindakan yang betul ialah nasihat dan betulkan kesalahan dia. Tapi kalau korang semua nak p hina dia balik ke apa ke aku peduli hapa. Lantak lue orang la.

Bukan hanya agama bahkan kesemua perkara2 yang termaktub dalam akta hasutan tue. Kalau sesiapa hina sesiapa tak payah la korang semua nak dakwa bagai. Apatah lagi kalau sesiapa kritik (kadang2 kritikan dianggap sedang melakukan hasutan) and then tetiba laju2 je ko nak dakwa dia di bawah akta hasutan. Mengarut ah.

Tiap2 hari kita hidup melakukan dosa.
Dan kita masih terus hidup seperti itu.

Dosa kecik ada. Dosa besar pun ada. Dan dosa tetap dosa. Sengaja mahupun tidak. Kita memang melakukan dosa. Dan kita sibuk nak menghukum orang lain yang mempersoalkan Islam tanpa kita sedar bahawa kita sendiri menghina/memperlecehkan/mempertikaikan Islam dengan perbuatan2 kita.

Setiap hari. Kita memang begitu. Adakah sesiapa kat sini berani nak mengakui aku tak berdosa hari neh?

Tak payah hipokrit la umat Islam woi. Sedar diri la.

Kita melakukan dosa dan akta hasutan takde pun dari Allah untuk kita. Maksud aku kat sini ialah Allah pun bagi peluang untuk kau cermin diri dan muhasabah secukupnya sebelum kita semua mampos di alam bumi dan masuk ke alam baru.

Akta hasutan kat sini merujuk kepada kenyataan. Keterangan. Percakapan. Jika sesiapa bercakap tentang Islam atau agama2 lain atau perkara2 yang lain dan ianya salah, maka membetulkan kesalahan tersebut sudah cukup. Bukan dakwa dia di bawah akta hasutan. Kalau pun dia melakukan penghinaan (melalui kata2) pun sudah cukup kita membetulkan dan menasihatkan dia. Nak marah pun marah la. Tapi tak perlu guna akta hasutan. Nak denda pun denda la. Bagi kes yang betul2 teruk sangat la. Tapi jangan heret akta hasutan.

Citer pasal Islam. Pong pang pong pang. Langit runtuh. Pokok pun goyang. Tapi. Rasuah tetap rasuah. Solat pun tak terjaga. Fitnah bersepah. Undang2 berat sebelah. Yang miskin terus teraniaya. Yang tertindas tidak terbela. Zakat pun tak amanah. Kebajikan umat habis hancur ranap dengan riba sana sini. Islam apa bendanya tue?

Cakap tak serupa bikin. Sembang mao langit runtuh. Tapi tindakan memang haprak gila la. Tak selari dengan perbuatan. Nabi relax aje kena hina. Usah kata akta hasutan time nabi hidup. Yahudi buta pun kena suap lagi woi.

So jangan la jadi umat manusia yang celaru. Celaru sampai tak reti nak fikir mana yang patut dibuat mana yang tak patut dibuat. Mana yang patut diperbetulkan mana yang patut ditambahbaikan. 

Kat tv tadi. Si Awani kemain lagi sembang bahawa PAU tiap2 tahun mendapat tumpuan awam. Bengong la lue Awani. Camne tak dapat tumpuan kalau buka tv 1 mengadap dia. Buka tv2 mengadap dia lagi. Buka tv3 mengadap benda yang sama lagi. Ingatkan langgan ASTRO boleh lepas la dari melibatkan diri dengan PAU. Sekali Awani kau pun buat SIARAN LANGSUNG. Hadoi. Mak. Dah gila la media massa kat Malaysia neh. Oke. Buka internet. Baca berita. Sekali dengan berita2 menggila termasuk Malaysiakini dan The Malaysian Insider dok melapor persidangan PAU.

Amboi. Kalau korang semua tak sibuk lapor tak la PAU mendapat tumpuan umum. Orang nak baca berita. Berita plak lapor pasal PAU. Maka terbaca la sekali. Bukan mencari tapi dia terpacakkan diri kat situ. Macam mana kita semua tak tertumpu kalau dah itu je korang semua laporkan. Ye tak?

Eh lue fikirlah sendiri ek Awani. Saja je nak mengata ko neh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...