Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Ogos 2014

Satira Krisis MB Selangor.

Ramadhan.

Ahmad Ikram dan Saripudin telah mengadakan pertemuan dengan haji flip flop. Dalam usaha mengantikan pembesar negara yang diperlihatkan enggan menurut arahan parti yang membabitkan urusan pentadbiran negeri. Ahmad Ikram nampaknya sangat marah dengan pendirian Kaka the mangsa yang diberikan kuasa untuk menguruskan negeri. Bagi Kaka, soal negeri takde kaitan dengan parti. Soal negeri reflect langsung dengan hak rakyat. Tapi Ahmad Ikram mana peduli itu semua. Apa yang aku mahu kau kena bagi. Tolong tepi sikit, Kaka. Aku nak kan Selangor tue. 

Dalam pertemuan ramadhan itu haji flip flop enggan bersetuju dengan pendirian parti kelam kabut. Haji flip flop mewakili parti propa tidak mahu bersetuju dengan parti kongsigelapselangor dan parti kelam kabut untuk menukarkan Kaka.

Kaka mengetahui akan pertemuan tersebut. Kaka kemudian menghubungi haji flip flop. Adakah parti propa bersetuju dengan kehendak parti kelam kabut? Jika bersetuju maka Kaka akan bersedia untuk berundur. Haji flip flop kata tidak. Parti propa akan bersama Kaka hingga ke akhirnya. Kaka pun diam tanda faham. Kaka bukan orang politik. Kaka tak faham cakap2 orang politik neh bukan belit2. Silap Kaka juga. Serban membuatkan Kaka terpedaya.

Syawal.

Ketua pembesar panggil pembesar negeri dan ketua parti propa masuk mengadap. Ketua pembesar dah tahu apa yang berlaku di Selangor. Bahkan dia dah lama tahu. Diam tak bermaksud bodoh. Ketua pembesar ada agendanya juga.

Kaka, berapa yang kamu ada? Kaka kata ada 20 aje. 15 dari parti propa. 5 dari parti kelam kabut. Termasuk dia yang ketika itu belum dilucutkan keahlian parti kelam kabut. Mrs. Puppet pula ada 24. Dia majoriti. Kaka kata sedia berundur. Parti kelam kabut ada majoriti. Kaka kata walaupun parti propa berjanji mahu menyokong dia tapi dia telah kehilangan suara majoriti. 

Ketua pembesar, sebelum memanggil Kaka mengadap sudah pun berbincang dengan timbalan presiden parti bingai nasional. Mooyidhin berkata bingai nasional akan sokong Kaka. Tiada langsung rundingan antara Kaka dengan parti asidameno, salah seorang sekutu kuat dalam bingai nasional. Yang berunding dengan bingai nasional ialah ketua pembesar. Jadi maklumat ini disampaikan kepada ketua pembesar kepada Kaka. Dia ada majoriti dengan sokongan asidameno. Kaka bertahan disitu atas arahan ketua pembesar.

Ketua pembesar bertanyakan kepada parti propa. Kenapa kamu nak sokong Kaka? Haji flip flop jawab. Tidak syarie' pecat ketua yang amanah. Kaka tidak pernah menyuruh parti propa mempertahankan dia. Ia kehendak parti propa sendiri. Penyudahnya pimpinan dari propa pula salahkan dia tak pasal2. Padahal dia langsung takde kaitan dengan pendirian parti propa kepadanya.

Berbekalkan dari maklumat awal ini la Kaka gunakan ketika mengadap pembesar buat pertama kalinya selepas dipecat oleh parti kelam kabut. Pembesar sekali lagi keluarkan arahan. Bertahan disitu. Kaka menurut. Asidameno diarahkan untuk keluarkan kenyataan oleh ketua pembesar bahawa mereka menyokong Kaka. Kaka langsung tatau apa2 agenda ketua pembesar mahupun asidameno yang mempergunakan kedudukan dia.

Tapi parti kelam kabut dan partisamsengselangor tidak dapat menerima ketetapan itu. Kaka harus diundurkan by hook or by crook. Nampak macam partisamsengselangor attack Kaka menipu dalam isu sokongan majoriti. Tapi apa yang umum tidak tahu ;

4 dari parti kelam kabut
15 dari parti propa (menerusi keputusan mutlak pemimpin)

Awal2 lagi sudah menyatakani  sokongan kepada Kaka. Ini yang Kaka beritahu kepada ketua pembesar. Ini juga yang partisamsengselangor dan parti kelam kabut tahu. Itu sebab mereka memaksa setiap dun menanggani surat akuan janji. Selepas itu mereka buat wayang depan media bagi mempengaruhi rakyat jelata yang tak faham permainan politik. Dan akhirnya parti propa menarik balik sokongan ke atas Kaka setelah memperdayakan Kaka yang buta permainan ahli politik.

Yang kesiannya, bacaan penyokong partisan menyangka Kaka diserang oleh partisamsengselangor dan parti kelam kabut kerana menipu dalam isu sokongan majoriti. Hakikatnya partisamsengselangor sudah membaca strategi ketua pembesar. Mereka sindir ketua pembesar dengan mengkritik Kaka. Ketua pembesar keluar negara bagi memikirkan strategi seterusnya. Ketua pembesar mungkin bersetuju dengan tuntutan partisamsengselangor bagi melantik Mrs. Puppet sebagai pembesar yang baru di Selangor. Apabila desakan demi desakan timbul apatah lagi jika ianya datang dari rakyat yang dipengaruhi mindanya. Tapi mereka juga perlu tahu. 4 daripada 10 undang2 tubuh negeri Selangor menyatakan ketua pembesar mempunyai absolute power untuk menentukan siapakah pembesar pilihannya. Dan bagaimana dia berkuasa untuk bubarkan DUN walaupun tanpa 2/3 majoriti. Barisan peguam sudah bersiap sedia mengkaji klausa demi klausa jika itu tindakan yang ketua pembesar bakal ambil.
 
Ketua pembesar ada hidden agenda kerana partisamsengselangor semakin mengelabah dengan pengambilalihan tanah, buka rumah urut (pelacuran) dan pusat judi. Stastik sudah disebar berkali2. Tapi rakyat yang marahkan bingai nasional memilih untuk memalingkan muka dari fakta kerana emosi jadi penanda aras untuk menghukum. Fakta sudah tidak penting lagi bila ia babitkan bingai nasional. Kebencian mereka pada bingai nasional kerana disakiti selama bertahun2 sudah sebati dalam diri. Bukan salah rakyat. Ia adalah bingai nasional yang menjadi punca. Projek2 di PK yang ada kaitan dengan ketua pembesar pun kena kacau dengan geng2 samseng yang dibawah pengaruh partisamsengselangor. RM150juta pembelian tanah negeri Khakis juga harus dibayar semula dengan jasa2 partisamsengselangor kepada geng2 samseng ini. Itu sebab ketua partisamsengpenang sentap tak pasal2. Mereka nak melindungi projek2 mereka di selangor. Mereka tahu lama dah Kaka catur. Musuh mereka bukan Kaka tapi disebalik Kaka. Ketua pembesar.

Kaka ialah buah catur yang ketua pembesar guna untuk tikam partisamsengselangor.

Ketua pembesar cuba menggunakan kedudukan parti propa tapi nampaknya parti propa lebih selesa memihak kepada partisamsengselangor selepas teruk difitnah mahu berkahwin dengan asidameno. Parti propa menuju kehancuran jika berpihak kepada monarki. Parti kelam kabut buat masa neh masih kelam kabut kerana tak nampak kaitan partisamsengselangor dengan geng2 samseng. Begitu juga dengan parti propa.

Apakah kesudahannya?

Dapatkah ketua pembesar nyahkan musuh utama dia di Selangor iaitu partisamsengselangor?

Mahukah golongan yang anti monarki memihak kepada ketua pembesar? Mampu kah mereka mengasingkan penentangan mereka berdasarkan isu dan tajuk? Bagaimana mereka harus meletakkan kedudukan mereka? Pertama, terus lawan monarki macam biasa. Kedua, biarkan monarki lawan partisamsengselangor atau ketiga, lawan monarki dan partisamsengselangor berdasarkan tajuk dan isu. Yang mana benda betul monarki dan partisamsengselangor buat, kita sokong. Yang mana salah dan menindas, perlu kita lawan biarpun maki dilemparkan ke atas rakyat miskin oleh rakyat miskin yang lain. 

Adakah parti kelam kabut dan parti propa akan sedar akhirnya bagaimana partisamsengselangor mempergunakan kedudukan politik mereka demi mencapai maksud peribadi?

Kita sama2 tunggu permainannya.

Yang pasti Kaka sudah bersedia berundur dengan aman. Politik bukan bidang dia. Tapi fitnah bukan sesuatu yang dia perlu terima. Barisan peguam sudah bersedia membersihkan nama baik dia. Kaka punya reputasi yang baik. Rekod cemerlangnya bukan la dalam bidang kewangan mahupun pentadbiran. Tapi dalam bidang intergriti. Bagaimana seseorang pemimpin mahupun ahli politik boleh pergi sejauh ini tanpa menggunakan kedudukan politik dan terlibat dalam sebarang bentuk rasuah? Inila kecemerlangan yang Kaka bina untuk dirinya sendiri. Dia perlu bersihkan segala tohmahan supaya pihak lain tidak sewenang2nya ragu2 akan kemampuannya untuk bersikap adil dan amanah jika diberikan peluang untuk menerajui syarikat2 bertaraf international yang lain.

Kaka tidak akan mengambil tindakan populis. Bina parti baru. Seperti yang ramai penyokong2 dia seru. Dia bahkan malas nak cakap banyak. Orang suruh undur, undur aje la. Yang nak cakap banyak lagi buat apa. Itu la kata Kaka kepada wanita yang paling kuat kena kritik kerana bersama2 Kaka susah dan senang. Ataupun buat demo sana sini. Itu cara orang politik berfikir dan Kaka bukan ahli politik. Kaka tak punya team politik sekalipun. Dia hanya ada team yang menyokong pentadbiran dia yang bersih dan telus.

Nasib Kaka sebagai pentadbir yang baik berakhir disini. Tapi ini bukan pentanda buruk buat Kaka. Ini hanya petanda buruk buat rakyat Selangor. Berfikirla bagi yang mahu memahami. Mencari la bagi yang dahagakan kebenaran. Berjuang la pada yang memahami fakta. Jika tidak, duduk diam lebih baik buat anda. Tidak terjebak kerana tidak tahu fakta, lebih baik daripada terjebak selepas dipropaganda dengan maklumat2 palsu. Ahli2 politik ini, mereka tidak boleh dipercayai dulu. Mereka tidak boleh dipercayai sekarang. Bahkan mereka tidak boleh dipercayai untuk selama2nya. Dari 'bingai nasional' hinggala kepada parti 'tak sepakat langsung' mereka hanyalah pihak pengejar kuasa untuk meneruskan legasi penindasan. Kisah kaka, adalah contoh satira yang menarik untuk diteladani.

Kesimpulan.

Dalam peperangan politik, kuasa mahupun kedudukan. Sentiasa ingat. Rakyat adalah pihak tertindas dan ditindas. Jangan jadi rakyat yang menindas rakyat. Jangan jadi pengkhianat dalam kesatuan rakyat. Jangan jadikan kami sebagai korban dan jangan jadikan air mata kami sebagai makanan kamu. Bangkitla rakyat, bersatu.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...