Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 Januari 2014

Rayuan Terbuka Untuk Najib Razak - Berhenti Buat Rakyat Menangis..

Bayangkan.


Satu hari tue ko tengah duduk relax-relax. Then ko amek paper semua. Baca dan baca. Sampai la kepada membaca isu2 semasa. Isu2 politik. Then ko pun terbaca la statement begini ;

Earlier in his speech, Najib also said he has instructed the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs to determine how much sugar is used in an average glass of teh tarik, a popular milk tea drink.

Dalam petikan ucapan Najib yang terdahulu menyebut bahawa dia telah mengarahkan kementerian kepenggunaan untuk menyiasat (mengambil tahu) berapakah jumlah purata penggunaan gula yang diperlukan dalam segelas teh tarik.

Ko ialah rakyat biasa neh. Dalam kepala hotak ko penuh dengan masalah. Pelbagai masalah.

- Kos sara hidup melambung.

- Kenderaan yang berkualiti dan lebih selamat pun mahal. 

- Nak kahwin pun mahal.

- Belek2 harga rumah pun mahal.

- Beli barangan keperluan anak2 pun mahal.

- Kos pembelajaran dan pendidikan pun mahal.

- Tengok gaji tiap2 bulan macam tue juga. Tak naik2. Tapi tiap2 bulan pelbagai bil kena bayar dan ia semakin mahal. TNB makin mahal, air makin mahal, internet makin mahal, prepaid dan postpaid makin kedekut.. banyak la kan masalah2 yang ko nak fikir lagi. Mana nak cekau duit. Kang sakit la, kang kereta rosak la, kang terdesak nak ganti itu ini la.. semua benda memerlukan duit. Kalau boleh bayar guna #kangkung takpe juga. Ini kena bayar guna duit.

Alih2 ko buka paper dan ko terbaca yang PM ko tengah sibuk dok fikir dan kaji berapakah jumlah penggunaan purata gula dalam hidangan segelas teh tarik?

Ko tak rasa ke yang saat itu kalau dapat aku lempang, memang aku lempang. Kalau lempang tak dapat, aku baling kasut. Kalau baling kasut aku tak dapat mao ada yang makan kangkung sampai tercekik juga neh.

Orang dok sibuk fikir masalah besar yang lagi berat yang lagi penting yang lagi memeningkan kepala tapi PM ko sedang sibuk dok fikir BERAPAKAH PURATA GULA YANG DIPERLUKAN DALAM SEGELAS TEH TARIK?

KEKANGKUNGAN APAKAH INI WAHAI NAJIB RAZAK?

Sebelum ini Najib Razak dok pongpang2 pasal kangkung. Lepas tue siap mempersoalkan rakyat kenapa nak kecoh isu kangkung. Kangkung tue contoh aje. Persoalan nya bukan bab contoh itu. Tapi persoalannya ialah KENAPA KO SURUH ORANG BERTERIMA KASIH KAT KO BILA HARGA KANGKUNG TURUN? TAPI KO MARAH BILA ORANG SALAHKAN BN BILA BAB HARGA BARANG NAIK?

Nampak tak situasi sebenarnya disitu?

Harga kangkung turun = terima kasih Najib.

Harga kangkung naik = kerajaan tak salah. Jangan salahkan kerajaan. Jangan babitkan kerajaan. Itu semua salah cina dap kafir laknat masuk neraka cina sepet makan babi confirm yahudi terkutuk.

Dah sudah la suruh berterima kasih. Lepas tue bajet good2 pula konon nya jika harga kangkung turun semua perkara yang membelenggu kepala hotak rakyat automatik diselesaikan. 

Kan takde kaitan disitu.

Kalau gilakan ucapan terima kasih. Maka selesaikan masalah utama rakyat. Apa masalah utama rakyat? Apa dia?

1. Harga rumah.

2. Pemilikkan kenderaan yang lebih baik dengan harga yang lebih berbaloi.

3. Soal keselamatan dan kesihatan.

4. Soal keadilan dalam pelaksanaan hukuman.

5. Masalah sosial yang makin meruncing dan membimbangkan.

6. Masalah pendidikan yang semakin mahal.

7. Masalah orang2 susah yang terabai dan dipinggirkan.

8. Isu amalan rasuah dan penyelewengan yang semakin bermaharajalela.

9. Kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini dia masalah2 yang perlu Najib amek peduli dan kisah. Ehh pergi mati la berapa banyak pun gula yang sepatutnya digunakan dalam segelas teh tarik. Aku peduli apa.

Satu sen pun tak jejaskan hidup aku. Aku pun tak heran la. Bukan aku guna gula untuk bayar hutang2 pun. Kenaikan gula itu menganggu. Sepatutnya difikirkan apa langkah terbaik supaya kenaikan gula itu tak berlaku. Sebaliknya sibuk naikkan harga gula lepas tue nak check berapa jumlah purata penggunaan gula dalam segelas teh tarik.

Ini betul2 buat rakyat menangis la Najib.

Rakyat bukan saja menangis bahkan takut. Takut memikirkan masa depan masing2 bila memerhatikan aje setiap statement demi statement yang dikeluarkan oleh seorang perdana menteri, tahu tak? Bukan calang2 pangkat yang Najib pegang.

Silap sikit dalam membuat keputusan, satu Malaysia terheret sama.

Tolong la Najib. Rakyat Malaysia merayu kepada kamu selaku PERDANA MENTERI OF MALAYSIA. Kamu sepatutnya focus untuk selesaikan masalah2 penting rakyat. Kamu bukan tatau apa masalah yang rakyat hadapi. Kamu dah tahu. Bahkan mungkin dah terlebih tahu sejak2 makmal kaji kos sara hidup ditubuhkan. Ini ditambah lagi dengan penubuhan jawatankuasa kaji kos sara hidup pula. Untuk satu kerja yang sama sampai beberapa jawatankuasa korang tubuhkan. 

Aku dok perati dari jauh sambil menyimpan rasa seram. Inikah corak pemikiran pemimpin2 negara ini? Mereka ini dibayar gaji tiap2 bulan, dibayar mahal2, dibayar dengan penuh kasih sayang oleh rakyat, dibayar dengan menggunakan penat lelah, keringat rakyat yang mencari rezeki melalui pelbagai jenis pekerjaan.. alih2 apa yang PM ko dan aku mampu fikirkan bagi mencari solusi kenaikan kos sara hidup ialah mengkaji berapakah jumlah purata gula yang digunakan dalam segelas teh tarik? Fine. Nak pergi menangis.

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-says-opted-for-kangkung-in-analogy-due-to-popularity

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...