Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Januari 2014

Gambar Polis Mabuk Sekadar Latihan..

Itulah yang diterbitkan oleh Sinar Harian tadi.

Lihat ;


Gambar yang hangat tersebar menerusi aplikasi Whatsapp itu dikatakan adalah gambar polis sedang melakukan latihan. Untuk mengambarkan kesalahan di waktu bekerja. Entahla. Aku rasa ini bukan statement rasmi dari PDRM. Lebih baik tunggu kenyataan rasmi dari KPN sendiri. Aku rasa mana2 pihak yang tak berkaitan tak sepatutnya keluarkan kenyataan melulu. Di bimbangi masyarakat akan mula sangka yang bukan2.

Apa pun menerusi laman facebook tadi, PDRM dah respon atas aduan aku. Tindakan pantas. Respon segera. Bagus PDRM. Tak sia2 PDRM ada laman FB sendiri. Senang kami nak report apa2. Menurut PDRM mereka akan siasat mengenai kesahihan gambar tersebut.

Bagi aku kalau gambar tu disebarkan oleh 3,4 orang awam ini bermaksud takan la mereka tatau samada polis tu benar2 menjalani latihan ataupun sebaliknya kan. Agak pelik juga tu. Dan kalau sungguh latihan dan sebagainya bukan kah ini bermaksud pihak2 yang ada akses kepada latihan itu juga yang tangkap dan sebarkan. Betul? Cuma penerbitan berita dari SH mengesahkan satu perkara. Gambar itu adalah sahih. Kan?

Apa pun kita tunggu aje la siasatan dan respon selanjutnya dari PDRM sendiri.

Episode pertama rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/gambar-dipercayai-anggota-pdrm-mabuk.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...