Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 November 2013

Intip SMS Dan Panggilan Anda - Pindaan Akta Dalam SOSMA [Siap Sedia]

Wowwww


Ini ialah bentuk ganguan terhadap privacy rakyat Malaysia. Jangan la dekat sini ko nak bagi alasan, kalau tak buat salah, buat apa nak takut orang intip perbualan, surat menyurat, email ataupun mesej2 ko kan.. sesungguhnya alasan itu BODOH yang amat.

Siapa la mampu beri jaminan bahawa ;

1. Intipan hanya melibatkan mereka2 yang dipercayai memberikan ancaman keselamatan dalam negara? Ko nak bagi jaminan tue? Kalau tidak kena bayar saman 10 juta ka?

2. Intipan bukan berasaskan sentimen politik. Sapa nak bagi jaminan tue? Ko juga? Kalau gagal boleh bayar direct rm10juta ke?

Hah.. 

Maaf cakapla. Undang2 macam neh aku akan tentang habis2an. Ia benar2 merosakkan privacy rakyat Malaysia. Sapa tahu apa yang kami bincang, ulas dan mengumpat2 dalam telefon pasal BN ke PR ke apa2 sekalipun.. 

Yang perlu sibuk sampai ke tahap macam tue nak buat apa?

Personally, pada aku andaikata kerajaan aku neh amanah 100%, intipan melalui perbualan atau mesej, aku tak kisah. Sebab aku tahu kerajaan yang amanah akan memastikan tiada mana2 rakyat tertindas dengan apa2 jua sekalipun akta yang mereka akan laksanakan. Itu jujur aku cakap.

Ini juga bermaksud, hanya golongan2 yang mengancam keselamatan negara aje yang akan terjejas. Siyes neh.

Tapi memandangkan rekod pemerintahan BN membuktikan bahawa mereka banyak kali menindas rakyat tak kira la dari sisi dan segi apa sekalipun, makanya undang2 macam neh akan terlihat lebih zalim lagi sebab dilaksanakan oleh kerajaan yang bukan saja tidak amanah bahkan kejam. 

Andaikata mereka merekodkan talian telefon tersebut dengan tujuan menfitnah dan memerangkap kita macam mana? 

Macam mana jika editing dilakukan seolah2 untuk membuktikan kita melakukan jenayah pula?

Macam mana pula jika akta ini akan digunakan terhadap musuh2 politik mereka?

Lalu semakin sukar dan sempitlah laluan perjuangan rakyat bagi menegakkan hak2 mereka.

Andai kata mereka mengintip bloggers rakyat, PR yang berinteraksi melalui talian telefon, bertukar2 rahsia, strategi, pendapat dan juga perkara2 yang lain, dan gunakan informasi tersebut untuk disalurkan kepada team propaganda BN, macam mana?

Ada jaminan kah semua perkara di atas tidak akan dilakukan oleh pihak2 berkuasa di negara neh?

Seriously, akta neh terlihat mengarut sangat jika dilaksanakan oleh kerajaan yang berotakkan BN.. tolak mesti tolak.

Rujuk ;
Under the bill, two small amendments are to be made to sections 6 and 30 of the act’s Malay language text, so as to be consistent with its English language text.
One needs to read just the heading of section 6 to understand its implication.
Titled “Power to intercept communication”, Section 6  gives the Public Prosecutor the power to authorise any police officer to intercept any postal article, as well as any message or conversation being transmitted by any means at all, if he or she deems it to contain information relating to a “security offence”.
It also gives the Public prosecutor the power to similarly require a communications service provider like telecommunications companies to intercept and retain a specified communication, if he or she considers that it is likely to contain any information related to “the communication of a security offence.”
Additionally, it vests the Public Prosecutor with the power to authorise a police officer to enter any premises to install any device “for the interception and retention of a specified communication or communications.”

Maksudnya ;


1. Kuasa untuk memintas / memantau sebarang bentuk perhubungan / komunikasi. 

2. Kuasa tersebut akan diberikan kepada pihak polis dan pendakwaraya.

3. Dengan kuasa tersebut pihak polis akan berupaya memantau dan memintas apa2 bentuk perhubungan dan komunikasi melibatkan mana2 individu/kumpulan yang mereka yakini membawa ancaman keselamatan kepada negara [atau bn?]

4. Dengan kuasa yang sama pihak polis dan pendakwaraya boleh jadikan perkara tersebut sebagai bukti untuk melakukan pendakwaan. Dan di anggap sebagai bahan bukti.

5. Dengan kuasa yang sama, pihak polis diberikan hak untuk memasang apa2 alat bagi memintas / merakam / merekodkan apa2 bentuk alat komunikasi dan apa2 jenis komunikasi seperti perbualan telefon, email, surat menyurat, sms, wassap, wechat dan sebagainya asal saja namanya KOMUNIKASI atas nama ancaman keselamatan kepada negara. [Atau bn?]

Sebenarnya, jika ia benar2 diperuntukkan untuk hanya menangkap pihak2 yang memang jahat takde masalah tetapi rekod membuktikan bn memang pandai salah guna kuasa. Dah macam tue lagaknya, baik jangan sesekali kita beri ruang dan peluang untuk depa pantau dan intip komunikasi. Ini betul2 bahaya beb.

Bacaan lanjut disini ;  http://www.fz.com/content/new-act-allows-government-tap-our-phones

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...