Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Oktober 2013

Penjelasan Pizza Hut Isu Larang OKU Makan Di Pizza Hut Malaysia.


Siang tadi laman facebook Pizza Hut diserang. Ini kerana telah tersebarnya satu kisah di mana Pizza Hut dikatakan telah memberikan layanan yang tidak adil terhadap salah seorang pelanggan OKU yang ingin makan dan berbincang di restoran makanan segera tersebut.

Rujuk sini.

Dalam pada itu, Pizza Hut telah melakukan tindakan pantas dengan ;

1. Meminta maaf kepada pihak terbabit.

2. Meminta para pelanggan memberikan mereka masa untuk selesaikan isu yang timbul.

3. Mereka akan mendengar cerita dari semua pihak dan akan kemukakan kenyataan susulan berhubung kejadian tersebut.

Pizza Hut juga mengakui bahawa mereka sedang mengatur pertemuan dengan OKU yang dimaksudkan namun setakat neh perbincangan antara mereka menemui jalan buntu.

Pizza Hut menjelaskan ;

1. Mereka tiada polisi yang melarang mana2 pihak yang berkerusi roda ataupun OKU untuk singgah, datang dan makan di restoran mereka.

2. Pizza Hut juga menjelaskan apa yang berlaku ketika hari kejadian ialah, individu tersebut = Anthony Thanasayan meminta untuk duduk di satu posisi yang agak sempit dan menyukarkan pergerakkan dia.

3. Lalu staff Pizza Hut menawarkan ruang makan yang lebih selesa bagi memudahkan pergerakkan  Anthony Thanasayan.

4. Apa yang berlaku sebenarnya ialah keadaan ruang makan di dalam Pizza Hut agak sempit. Maka bagaimana dengan keadaan yang sempit itu membolehkan tuan punya badan nak bergerak ke ruang yang dia inginkan tue.

5. Itulah la sebabnya ruang makan lain ditawarkan sebagai ganti. Bukan halau jauh sekali diskriminasi.

6. Akan tetapi  Anthony Thanasayan menolak cadangan tersebut.

7. Di pihak Pizza Hut pula mereka telah beberapa kali minta bertemu bagi memberikan penjelasan dan juga menyatakan permohonan maaf akan tetapi permintaan tersebut tidak menerima apa2 respon dari tuan punya badan.

8. Pizza Hut juga bercadang mahu menemui Anthony Thanasayan bagi menyelesaikan salah faham dan menyampaikan rasa kekesalan mereka.

Menurut cerita dari versi Anthony Thanasayan pula ;

1. Pizza Hut melarang dia masuk ke kawasan restoran atas alasan dia berkerusi roda.

2. Sebelum keluar dia telah pun berunding dengan staff Pizza Hut.

3. Namun permintaan dia untuk makan di restoran tersebut tidak dilayan.

4. Disebabkan marah kerana di diskriminasikan maka dia membuat aduan rasmi.

5. Dia diberitahu oleh staff Pizza Hut bahawa OKU [kerusi roda] dilarang memasuki restoran tersebut. 

Tatau sapa betul sapa salah. Jangan2 ini kerana staff Pizza Hut yang tak reti nak gunakan bahasa elok2 untuk terangkan cara baik. Kalau gunakan bahasa yang kurang faham boleh juga menyebabkan orang tersinggung weh. Ini pentingnya pendidikan komunikasi. Kadang2 kalau kita pergi makan kat mana2 fast food pun kita akan nampak memang wujud di antara staff2 mereka tak reti nak bercakap elok2 dengan customer. Yang tarik muka pun ada. Bila seme benda neh digabungkan tak pasal2 merosakkan imej restoran tersebut.

Apa pun kita tunggu je la citer neh macam mana. Harap2 penyelesaian win2 situation dapat dimuktamadkan kat sini. Dan jangan la dok tokok tambah benda yang tak wujud. Agak2 la weh. Melihat kepada kesungguhan Pizza Hut untuk menyampaikan rasa kekesalan mereka aku rasa, mungkin ada benarnya sangkaan aku kat atas tadi. Kelemahan komunikasi dengan betul mungkin pemangkin kepada punca masalah. Ah sudah. Bahasa tinggi apa yang aku pakai neh? Aku pun tak faham.

KAH KAH KAH

Dan macam biasa, citer neh dah pun jadi citer perkauman kat sesetengah page. 

Macam tak biasa pula you all. Inikan Malaysia beb. 

KAH KAH KAH

Rujukanhttp://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pizza-hut-no-policy-against-disabled-man-offered-more-comfortable-space

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...