Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Oktober 2013

Muhyiddin Yasin Minta Maaf Secara Terbuka.

Itulah yang sebaik2nya dibuat oleh TPM. Susulan daripada permintaan ahli keluarga arwah Ustaz Azizan itu sendiri.


Rujuk sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/10/keluarga-arwah-ustaz-azizan-mahu_29.html

Pada mulanya aku tak jangka yang Muhyiddin Yasin akan sanggup mohon maaf. Siyes. Aku rasa mesti akan berlaku unsur2 tarik tali kat sini. Tak mengaku salah dan sebagainya. Sebab aku tengok bloggers UMNO pun dok provoke sakan. Menangkan kenyataan TPM. Padahal dorang tak faham situasi. Bukan nak kata teguran dan nasihat kurangkan gula itu salah, tapi dok petik2 nama orang dan jadikan ia sebagai contoh kurang kena pada tempatnya beb.

Nak tahu kenapa?

PRK SG Limau.

Siapa adun? 

Arwah Ustaz Azizan. Penghidap kencing manis. Kaki kena potong.

Lepas tue? Ko nak sembang pasal pemahsuhan subsidi gula, oke. Sembang je la. Ikut suka ko pun. Yang dok kait2 dengan orang yang baru meninggal buat apa? Itu pasal orang kata statement tak kena tempat. 

Dah la PRK pasal arwah meninggal. Lepas tue sembang pasal gula, kencing manis, potong kaki time kempen kat tempat arwah yang mana PRK kat situ berlaku disebabkan ketiadaan arwah. Mana la orang tak sakit ahti disitu?

Apa pun oleh kerana Muhyiddin Yasin dah minta maaf, aku sebagai orang luar malas la nak berlebih2an. Pasal keluarga arwah pun hanya harapkan Muhyiddin Yasin minta maaf jek. Dan Muhyiddin Yasin pun dah minta maaf. Terserah la pada pihak2 yang terlibat nak urus macam mana.

Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.
"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.
"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.
"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini," katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.

Rujukan : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/29/mstar_berita/20131029183639&sec=mstar_berita

Untuk video berkenaan ucapan Muhyiddin mengenai Arwah Ustaz Azizan klik sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...