Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 September 2012

Kos sewaan Jet Peribadi RM96,000 untuk dua hari.

RM96,000 

Itu satu angka yang amat besar.





Semalam di MSTAR satu datuk yang dikenali dengan nama Datuk Mohd Taufik telah tampil membuat pengakuan bahawa jet yang dinaiki oleh dsai adalah datang dari syarikatnya. Tetapi jet itu bukan miliknya. Jet tue di bawah syarikatnya bagi urusan perniagaannya iaitu untuk disewakan kepada sesiapa yang mahu menyewanya.

Rujuk sini.

Jet tu dikhabarkan ditempah oleh seseorang dari sarawak. 

Menurut Anwar Ibrahim ;

Semalam di bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia tidak melibatkan wang rakyat.
Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.

Menurut Nurul Izzah ;

Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”

Menurut Tian Chua ;

Tian Chua berkata, mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.

Jika diperhatikan kenyataan2 di atas kita dapati bahawa mereka gunakan jet peribadi adalah untuk memudahkan urusan. Dan mereka menegaskan bahawa tiada wang rakyat aka pembayar cukai digunakan untuk menampung kos penyewaan jet tersebut.
Ini bermaksud ada pihak ketiga, individu yang tidak dinyatakan telah melakukan urusan penyewaan dan pembayaran untuk memudahkan pergerakkan anwar ibrahim. Adakah ini salah? Sebenarnya kalau ditinjau dari sudut politik ini sebenarnya salah.
Anda sedang membenarkan seseorang untuk membiayai anda. kita tidak tahu pada bila dan di mana mereka akan menuntut balasan. Lainla kalau ada perjanjian bertulis.  

Aku sponsor ko datang ke sabah dan sarawak dengan jet peribadi dan aku berjanji tidak akan menuntut apa2 balasan dari ko selaku wakil rakyat, penasihat ekonomi selangor dan berkemungkinan besar sebagai perdana menteri malaysia andai pr menang dalam pru kelak.

RM96,000 bukan satu angka yang kecik. Setakat rumah kos rendah dan kereta memang dah lepas bagi rakyat marhaen. Jika anwar ibrahim boleh mendorong seseorang untuk membantu dia berkempen, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan dengan lebih efisyen. 
Bukan perkara baru ahli perniagaan akan melayan kedua2 belah pihak. Ini bagi menjaga kepentingan dan perniagaan mereka.  Dan bukan perkara baru juga ahli politik perlukan dana untuk berkempen. Perkara ini dilakukan oleh kesemua parti politik tak kira di side mana pun.
Bezanya disini ialah samada gunakan wang pembayar cukai, wang sendiri ataupun wang orang lain. 
Jika guna wang pembayar cukai rakyat akan bising sebab tak kena tempat. 
Jika gunakan wang sendiri, majoriti tak kesah namun ada juga yang bising mengatakan eleyy kayanya dia.. mana dapat duit. Adakah gunakan wang derma orang ramai..
Jika gunakan wang pihak ketiga, orang bising heyy sapa dia tuu sampai sanggup sponsor. 
Pendek kata laluan apa yang ko pilih, ko tetap akan kena kutuk jadi pilihla laluan yang paling kurang atau sedikit kutukan nya. Dalam kes neh lebih baik jika mereka dedahkan satu2 perkara jika berkempen guna dana sendiri.
Kalau wang sendiri tak mampu untuk menyewa jet peribadi, jangan sewa. Gunakan aje pengangkutan yang sedia ada meskipun ia menyukarkan pergerakkan. Harus diingat, individu yang sebarkan gambar2 dalam jet adalah tian chua. 
Walaupun dsai bertujuan mahu bersikap jujur dan telus terhadap penyokong2nya tetapi keterbukaan dia tidak diterima dengan baik majoriti dari mereka. Ada sesetengah perkara, kalau kita sorokkan or tak buka, tak bererti kita penipu or salah.
Cuma belum masanya lagi untuk kita dedahkan bagi mengelakkan salah faham. Tapi bila kita dah berani buka sesuatu rahsia yang dibuka tak kena pada tempat dan waktunya, kita kena terima kenapa orang salah faham. 
Walaupun anwar ibrahim tidak menggunakan wang pembayar cukai, tetapi membenarkan seseorang membiayai perjalanan dia bukan juga perkara yang boleh dilihat sebagai betul. Majoriti rakyat akan berfikir bahawa individu tersebut sedang membina kepentingan.
Kadang2, kita selalu dapat tender kerajaan sebab cara kerja kita efisyen. Dan mungkin kerana itu kita suka nak bina hubungan dengan pemimpin kita sebab kita rasa kita dipilih dalam tender kerajaan kerana sikap mereka yang telus menilai kita melalui kerja kita.
Tetapi hubungan seperti ini, tidak boleh dilihat secara baik oleh majoriti rakyat malaysia. Tiada sesiapa pun yang menghalang ahli politik dan ahli perniagaan daripada berkawan. Cuma.... mereka perlu berkawan tanpa melibatkan wang kerana wang boleh menyebabkan sesama manusia bercakaran. Dan itulah yang sedang berlaku sekarang neh. Fikirkan. 
Kos sewa jet untuk dua hari sebanyak rm96,000 diambil dari sini.

Nota : Tajuk artikel ini telah dikemaskini. Terdapat ganguan internet ketika artikel ini dimuat turun harap maklum. 

Gambar : Ehsan google

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...