Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 September 2012

Perbandingan Income Tax Malaysia vs Singapura vs Hong Kong.

Kita patut berbangga. Ini kerana kadar yang dikenakan kepada kita adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan dua negara tersebut. Bersyukurlah weh.

kah kah kah

Rujuk carta ;



Kita hanya perlu buat penilaian mudah. Jangan saratkan pemikiran sibuk nak convert matawang sampai ke harga barang pula. Ini kerana tindakan tersebut di anggap bahlol.

Rujuk carta.

Hong Kong.

HK = Gaji 1 - 40k = sebanyak 2 percent.

HK = Gaji 80k - 120k = 12%.

Singapura.

SG = Gaji 20K - 30K = 2%

SG = Gaji 80k - 11.5%

Malaysia.

MAS = Gaji 2.5k - 5k = 1%

MAS = Gaji 70k - 100k = 24%

Katalah aku berada di HK. Dan gaji aku bawah 40k aku kena bayar cukai sebanyak 2%. 

Gaji di HK = beli barang dengan matawang HK. Dengan 40k dan cukai 2%. 

Kalau aku di SG, gaji aku bawah 30k dan aku kena bayar cukai sebanyak 2% juga.

Gaji si SG = beli barang dengan matawang SG. Dengan 30k dan cukai 2%.

Kalau aku duduk malaysia. 

Gaji bawah 20k. Aku kena bayar cukai sebanyak 3%. 

Nampak tak perbandingan ringkas seperti neh?

Di Malaysia ;

Gaji lebih rendah = cukai lebih tinggi = harga barang lebih mahal = nilai wang semakin susut = inflasi.

Kita terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk mendapatkan satu2 barang = situasi sekarang. 

Rakyat malaysia tidak pernah mengeluh jika disuruh bayar cukai. Namun biarlah setimpal dengan apa yang mereka mampu tawarkan or at least, sesuai dengan keadaan semasa. Dan atas neh merujuk kepada cukai pendapatan individu semata2. Maybe dorang tak berapa kesah kot..

Tapi bagaimana pula dengan GST? GST yang akan dilaksanakan bila2 masa selepas BN menang PRU - 13. 

Pergi pindah duduk sana. 

Jangan. Jangan suka2 nak halau rakyat malaysia pergi pindah duduk negara lain. Ini kerana setiap rakyat malaysia berhak menentukan dasar negara. Setiap warganegara ada hak tersebut. Ada yang nak guna dan ada yang taknak guna. Tetapi tiada sesiapa berhak nafikan or halang kita dari gunakan hak tersebut.

Aku memilih untuk guna. Jadi perkara yang paling penting untuk ubah sistem neh ialah ubah kepimpinan. Sebenarnya GST boleh dilaksanakan jika kerajaan mengurus kewangan dengan baik. Aliran dan pusingan wang kena lah memihak kepada seme.

Caranya mudah, jangan utamakan sistem kapitalis sepertimana yang dibuat oleh kerajaan kini. Ini kerana sistem kapitalis mementingkan keuntungan semata2. Sasaran mereka sudah semestinya profit first, society interest second. Sedangkan kita mahu faedah untuk masyarakat dan keuntungan seiringan supaya masing2 boleh mendapat faedah daripadanya. 

Jika mensasarkan keuntungan keterlaluan, jadi la macam proton. Kualiti takdak, harga hancur, cukai melampau, rakyat terbeban. Dasar yang tidak bagus demi melindungi kapitalis. 

Menurut info yang aku dapat dari beritasemasa, mereka2 yang membayar cukai pendapatan cuma lah 2 juta dari 12.5 juta rakyat malaysia yang membayar EPF. 

12.5 juta pembayar EPF = mereka2 yang bekerja sebab tue ada potongan kwsp.

2 juta pembayar cukai individu = mereka2 yang bayar cukai di atas.

Ini bermaksud 10.5 juta rakyat malaysia tak bayar cukai pendapatan individu. Kenapa? Oleh kerana bn cakap mereka telah memberi kebaikan, kemajuan dan kemewahan kepada rakyat, pasal apa 10.5 juta rakyat malaysia masih lagi bergaji di bawah 2.5k sebulan?

Ini bermaksud majoriti rakyat malaysia = bergaji rendah = kategori tidak mampu.

Nak collect wang mereka melalui cukai pendapatan individu tak boleh so kerajaan perkenalkan bermacam cukai untuk mengutip wang mereka. Pemikiran aku mudah. Tiada masalah cukai demi cukai. Namun pulangan semula haruslah berbaloi. Itu satu perkara.

Yang kedua, daripada kerajaan sibuk kenalkan cukai itu cukai neh, ada baiknya kerajaan cari jalan untuk tingkatkan tangga gaji di malaysia. Ingatlah, semakin banyak rakyat malaysia bergaji tinggi, maka semakin banyaklah yang bayar cukai. Dan bila semakin banyak yang bayar cukai, automatik kerajaan boleh susutkan atau hapuskan cukai2 sampingan yang tidak perlu. Demi kemajuan kita bersama.

So sebelum sibuk nak perkenalkan gst dan lain2 cukai untuk merealisasikan wawasan ke arah negara yang berpendapatan tinggi, tinggikanlah pendapatan rakyat malaysia terlebih dahulu. Ketika itu baru la boleh korek cukai dari kocek mereka. 

Tetapi jangan pula korang buat begini. Naikkan tangga gaji 10%, cukai yang dikutip daripada kenaikan tersebut menjadi 20% pula. Jika beginilah caranya, naik atau tak naik, apa beza? Tetap mendesak dan menindas rakyat juga. Biarlah berbaloi demi kepentingan kita bersama.

Bacaan lanjut di beritasemasa. Gambar ihsan berita semasa. Rujuk sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...