Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Mei 2012

Tapak depan rumah ambiga berjaya dilelong dengan harga rm5,000!


Maaf sangat2.

Kalau ada kawan2 ataupun pembaca blog neh berkait rapat dengan ahmad diah neh aku minta maaf banyak sesangat. Pasal apa. Aku dah tak boleh tahan melihat kebodohan pakcik bernama ahmad diah neh. Siyes. Korang tahu apa yang dia buat? 

Korang baca kat bawah neh jap ;
Sebuah tapak ‘special’ yang dibuat betul-betul di hadapan kediaman Penganjur Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga telah dibida sehingga mencecah harga RM5,000 hari ini.
Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur telah melakukan proses membida tapak ‘special’ perniagaan itu di hadapan bangunan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam tinjauan Mynewshub.my sewaktu proses bidaan dilakukan, seorang peniaga, Ahmad Diah Ali, 50 berjaya mendapatkan tapak berkenaan pada harga itu.
Tapak Depan Rumah Ambiga Cecah RM5,000
“Saya sanggup membida tapak itu dengan harga ini kerana saya berasa tidak puas hati dengan sikap lepas tangan penganjur bersih, Ambiga. Dia telah menyusahkan para peniaga dan mengacau perniagaan kami.
“Siapa yang nak tanggung kerugiaan kami? Saya buat ini supaya memberi kesedaran kepada Ambiga janganlah buat sesuatu perkara yang bodoh seperti Bersih 3.0,” kata Ahmad Diah selepas proses bidaan selesai di sini hari ini.
Ahmad Diah akan mendirikan gerainya sendiri di tapak ‘special’ itu dan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman kepada orang ramai.
Sementara 59 tapak yang selebihnya dibuka kepada peniaga-peniaga lain untuk dipilih secara bebas dengan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
Wang bidaan itu telah diserahkan kepada pengerusi majlis itu untuk dibuat sebagai modal dalam menjalankan perniagaan gerai di sepanjang jalan di hadapan rumah Ambiga. -MNH-


Ahmad diah cakap dia nak bagi kesedaran kat ambiga agar jangan lakukan sesuatu yang bodoh. Pffffttt.. 

Aku tahan gelak siot. Siapa sebenarnya yang sedang melakukan tindakan bodoh neh? Benda neh tak berlesen, lepas tue tapak awam pula. Yang ko bangang2 pergi beli buat apa? Kalau bayar kat diri sendiri logic arh juga neh bayar kat orang kaya? Oii orang tue ada ferrari ko ada apa? Bangang dowh pakcik neh.

Lepas tue yang lebih memalukan, datok jamal akan menggunakan wang rm5k untuk dijadikan modal. Untung2 jek dia dapat modal dari ko kan tanpa mengeluarkan modal satusen pun. Guna otak jana duit. Dan ko pakcik ahmad diah memang bebal nak mampos.

Kalau ada lima ribu tu simpan lagi bagus. Simpan sampai cukup buka kedai sendiri. Tak payah susah2 berniaga di tepi jalan. Kalau sungguh ko rugi sehari agak2 ko ada tak sampai lima ribu? Sekarang neh ko bukan hanya rugi sehari kalau sungguhlah bersih menyebabkan ko rugi tetapi ko dah rugi banyak hari sebab bodoh sangat.

BODOH BODOH BODOH.

Dah takde word lain dah sesuai untuk pakcik neh melainkan BODOH BODOH BODOH.

Buta2 kena tipu dengan orang kaya ferrari. Pakcik.. pakcik. Bila larh ko nak sedar kita orang2 miskin dan serdahana neh seringkali ditindas dan ditipu oleh kebanyakkan orang2 yang kaya. Aihhh

Ameno : Aku pun nak meniaga melelong tapak awam arh cenggini.. ekekekek

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...