Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Mei 2012

Kisah Azmin Ali romen-romen..

Ya.

Semua orang nak tahu citer neh. Eh, jap. Bukan seme orang. Aku taknak tahu citer romen2. Kalau korang aku taktau lah nak tahu ke taknak tahu. Tapi yang pasti umno memang nak tahu citer neh. Siyes. Bukti ada kat bawah neh.




Umno bukan sahaja nak tahu malahan dorang siap sebarkan lagi. Dalam tv, dalam paper apa seme. Memang tak agak2. Langsung tak sensor. Hari neh kecoh, esok dah siar kat paper. Cepat dan pantas. Ini bukti dorang memang nak kasi panas.

So apa kita nak buat neh?

Pecah dan perintah. 

Pertama kita pecah.

1. Segala tuduhan atau apa2 berkaitan azmin ali kalau ada bukti dakwa ke mahkamah. Bawa lah kes neh kemana2 ko nak bawa ko punya pasal dan ko punya suka. Jangan lah masuk paper tv apa seme ulang dan ulang, ulang dan ulang, ulang dan ulang sampai mampos ke kesudahannya masih sama iaitu ulang dan ulang. Ia perlu ada penamat dan penutup. Tolong faham.

2. Jangan heret rakyat dalam skandal lucah dan porno. Jika ko nak dakwa azmin maka jangan babitkan rakyat. Buat ikut aturan dan protokol. Buat apa sahaja sebab rakyat tak berminat pun nak tahu skandal sapa2. Apa yang rakyat minat nak tahu ialah cara mana kita boleh hidup selesa di malaysia neh. Itu jek. 

3. Kalau pun pemimpin A terlibat skandal atau apa, rakyat takan beralih sokongan sebab kita sokong atas nama prinsip bukan individu. Mana2 individu yang bermasalah kita redah kasi pecah. Simple.

4. Berikan ruang kepada azmin untuk jelaskan apa2 yang dia ingin jelaskan. Ko boleh terima dan boleh tak terima tapi biarkan sahaja dia jelaskan apa2 yang dia ingin jelaskan. Jangan lah tutup penjelasan dia, sensor, spin atau apa dalam tv apa seme. Tak adil bagi pihak dia. 

Oleh kerana dia dah saman, maka beban pembuktian jatuh kepada pihak yang menuduh dia berskandal. Jadi, sekali lagi, selesaikan kes neh ikut aturan yang betul. Dadu di tangan ko, bukan di tangan azmin. Ko nak dakwa maka buat cara nak dakwa, kalau taknak dakwa apa seme, diam2 sudah.

Kedua kita perintah.

1. Toksah layan isu neh. Kita nak mencari malaysia baru. Matlamat ada kat depan situ. Melayan isu neh, mencari alasan itu neh sebenarnya hanya mengheret kita jauh ke dalam.

2. Was2 ka, sangsi ka apa seme, azmin ali dah saman. So biarkan sahaja kes neh berjalan ikut kronologi.

3. Jangan layan topic klise dengan ayat yang klise. A tuduh B fitnah, B tuduh A fitnah, sampai ke mampos tak habis. Orang atas pagar membaca dan menilai. Jangan biar dorang sangka bahawa A dan B takde beza. Jangan sesekali.

4. Langkah mudah yang boleh di buat ialah mendesak kerajaan atau mana2 penguatkuasa bawa kes neh ke mahkamah dan dakwa ikut aturan yang betul, kalau mereka taknak terima saman azmin sebagai hujah. Itu jek. Membiarkan ia tergantung atau apa sebenarnya adalah langkah untuk mencetuskan kekeliruan. 

Tidak baik untuk kita. Jika mereka rasa itu betul sangat, hah dakwa sahaja di mahkamah. Jangan potpet2 di telinga kita azmin itu azmin neh azmin sana azmin sini, azmin sumpah, azmin buat akuan, azmin taubat dan azmin derhaka. Jadi orang, kita pun reti bosan oke. Sangat reti.

Akhir sekali, aku tidak menyebelahi mana2 pihak dalam kes neh. Aku tidak berminat nak menyebelahi. Tidak pernah ada cita2 untuk berpaksi. Aku percaya ramai orang juga tidak berminat nak menyebelahi mana2 pihak dalam kes neh. Apa yang aku nak dan orang lain nak ialah cuma politik bersih. Bai.

Ameno : Video seks gua bakal tersebar.. nantikan..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...