Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 April 2012

Kerajaan benar bersih 3 berhimpun.

Bagus.




Ini namanya dorang dah belajar dari kesilapan lepas. Ini satu perkara yang bagus. Oleh kerana tiada yang melarang dan menghalang maka ramai2 orang patut turun berhimpun pada bersih 3 kali neh.


Bagaimana pula dengan mahasiswa dan mereka2 yang bekerja kerajaan? Adakah kerajaan juga sanggup mengizinkan mereka menyokong perhimpunan bersih 3? Adakah kebenaran neh tertakluk kepada semua rakyat malaysia ataupun ada beberapa pengecualian yang lain ?


Apa pun, aku ucapkan syabas sebab kerajaan benarkan perhimpunan bersih 3. Cuma diharapkan buletin utama dan utusan toksah provoke dan fitnah yang bukan2 terhadap bersih 3 oke. Dan kepada anti bersih, lue jangan cakap banyak, perhimpunan neh telah diizinkan oleh hishammuddin sendiri, faham?


Baca bawah ;


Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini. -MKINI


Apa pun jangan pula kenakan orang last2 minit ye. Di mulut jek beria2 pongpang setuju apa seme kang tiba hari yang dijanjikan tiba2 roadblock sana sini.. apa seme.. tue seme aku taknak.


Kalau sungguh dah benarkan, maka sila benarkan sehingga ke saat2 terakhir. Jangan nak tipu2 orang macam yang korang buat kat bersih 2 dulu ek.


Ameno : Lain maciamm..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...