Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Mac 2012

Rosmah Terima Anugerah Tertinggi Dari Universiti Luar Negara Lagi.

Tahniah mem.

Hebat betul. Tak henti2 anugerah demi anugerah yang dia raih sepanjang beberapa tahun dia menjadi perdana menteri malaysia kan? Errr.. silap. Isteri perdana menteri malaysia. Tadi tue kesilapan yang tidak disengajakan. Harap maklum ye..

kah kah kah



Steven Institute Of Technology, universiti perdana pendidikan campuran swasta yang menumpukan pada penyelidikan dan keusahawanan dan komited dalam menerokai bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan menganugerahkan anugerah tertinggi universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, pada Jumaat.

Presiden universiti itu, Dr Nariman Farvardin, menyampaikan anugerah 'Distinguished Service Medal' kepada Rosmah sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkhidmatan awam khususnya dalam usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia.

Rosmah juga memainkan peranan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan
seperti Children's Hope, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Jantung, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Program Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-kanak (ECEC), yang telah menubuhkan lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia; di samping sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara untuk generasi akan datang, katanya pada majlis yang berlangsung di universiti itu di Hoboken, di New Jersey.

Dr Farvardin berkata universiti itu hanya menganugerahkan anugerah itu kepada mereka yang telah berjaya memberikan impak besar terhadap kebajikan masyarakat.


bernama



Walaupun aku stalker rosmah, aku sendiri pun taktahu yang rosmah mansur rupanya begitu hebat dalam ==> usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia. 

Dan ==>  sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara.

Siyes beb. Aku taktahu pun. Korang tahu ke? 

KAH KAH KAH

Adoii lah.

Ameno : 600 pusat permata? Bila masee? 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...