Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 November 2011

NFC : Beli Kondo ialah pelaburan bukan penyelewengan - KJ



Owhh...

KJ dah bagi jawapan balas beb. Isu pembelian kondo mewah. Peh. Gua mesti tabik. Gila arh kalau gua tak tabik. Jawapan kj bisa membuatkan gua dan seluruh rakyat malaysia akan mencari bangunan sprm selepas neh sebab kita orang nak terjun beramai2. Siyes.

kah kah kah

KJ cakap ;


“Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartmen One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
“Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api,” 
Khairy menjelaskan kajiannya juga menunjukkan memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung tetapi “pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.” 
“Daripada sumber ini, NFC telah memindahkan sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC,” katanya. 


Kita faham bahawa ;


1. Memang benar NLMC beli kondo mewah bernilai rm9.8juta


2. Memang benar NLMC beli guna dana yang dipindahkan oleh NFC yang mendapat dari kerajaan.


3. Memang benar KJ terlibat sebab dia menjadi jurucakap dalam isu neh.


4. Memang benar kementerian kewangan + asas tani terlibat sebab mereka yang luluskan dana tersebut dan pembelian kondo tersebut berada di dalam pengetahuan mereka berdasarkan kepada kenyataan kj sendiri di atas yang menegaskan bahawa akaun pinjaman khas untuk diselia dan dikawal ketat oleh kementerian kewangan.


Dan kenyataan KJ lagi ;



“Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas di sini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi,” katanya. 
Malangnya kata Khairy, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi dan ia bukannya disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan sepertimana dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Parlimen Selasa lalu ialah kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. 
Oleh itu kata beliau, apabila kelewatan ini berlaku, maka pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. “Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi?” katanya. 
“Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. 
Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu,” kata beliau sambil menambah, pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah.” 
Kata Khairy, sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. 
“Difahamkan, apartmen berkenaan telah pun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya lagi.


Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;


1. KJ cakap kerajaan punca kelewatan operasi NFC dan masalah sebenar bukan berpunca dari NFC. 


Peh. Kalau tengok pegangan saham kerajaan dalam NFC kecik tapi modal yang disumbangkan cukup banyak dan sebenarnya kesemua modal datang dari kerajaan tapi last2 kerajaan juga kena blame dalam isu kerugian NFC?


2. KJ cakap kerajaan gagal sediakan ladang2 satelit sebab tiada peruntukkan. 


Laaa.. dah takde peruntukan yang lue bagi pinjaman kat NFC berjuta2 ringgit watpa? Lue bangunkan dulu ladang2 satelit barulah lue sibuk fikir benda lain. Nak cakap bengap kang marah.


3. KJ cakap disebabkan itulah NLMC bertindak laburkan duit untuk membina keuntungan.


Peh. Boleh ka syarikat bertindak demikian? Wa takde dana nak bangunkan ladang2 satelit tapi wa ada dana untuk bagi lue pinjam supaya lue boleh labur dan untung? Lue ingat wa lembu meh?


4. KJ cakap pelaburan tersebut telah memberikan pulangan kepada NLMC.


Ya ka? So NLMC dah ganti balik ka pinjaman tersebut? Mesti dia boleh bayar balik loan secara ansurans kan? Dah lar berniaga tak payah keluar modal satusen, usaha pun cacamarba sesedap jek dapat untung atas angin. Waklue..


Aku pun tatau larh apa larh malang nasib rakyat dapat menteri + pimpinan + wakil rakyat bingai macam neh. Mesti kita ada buat dosa besar secara berjemaah neh. Neh larh balasan kita. Elok sesama fikir balik di mana silap salah kita supaya bala sebegini hebat dapat dimatikan. Rasanya dah tak tahan hidup diperintahkan menteri bingai. Aku tatau pendapat korang tapi siyes aku cakap hanya orang bodoh je rela diperintah oleh menteri bingai. Sekian.


Ameno : Apsal kj beria bela shahrizat neh beb? Ada saham sekali ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...