Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Oktober 2011

Surat untuk Umno Selangor - Tukar sahaja TEKUN kepada DUITUMNO




Lihat petikan printscreen di atas dan baca surat di bawah neh ;

Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat. 

Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN.

Sememangnya ahli politik dari Tanjung Karang tiada pernah menghampakan pemerhati-pemerhati politik. Dari zaman beliau di "boo" oleh pelajar-pelajar di Universiti Malaya dalam tahun 1999 apabila beliau mengherdik mereka agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan, sehinggalah ketika beliau diasak oleh Azmin Ali mengenai dakwaan duit rakyat yang digunakan oleh ahli politik Umno yang dibelanjakan untuk majlis rumah terbuka hari raya.

Portfolio Kementerian Pertanian ini adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar, khususnya para petani, yang rata-ratanya amat memerlukan bantuan kerajaan. Di negera-negara Barat sekalipun, seperti Amerika Syarikat dan Perancis, kerajaan amat berhati-hati di dalam menyokong dan membantu para petani. 

Sememangnya di Malaysia, sekiranya dilihat bilangan orang Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah amat penting bahawa polisi dan perjalanan kementerian ini dijalankan secara adil.

Akan tetapi, jika menterinya mengambil pendirian bahawa sokongan orang-orang Umno adalah diperlukan bagi memohon apa-apa peruntukan di bawah kementerian beliau, ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa. Sebarang bentuk dana yang diperolehi oleh mana-mana kementerian adalah milik rakyat, dan Umno sendiri adalah sememangnya tidak mampu untuk menyediakan dana tersebut dari tabung mereka sendiri, dan hanya orang yang tidak berakal sahaja yang akan menganggap bahawa semua rakyat Malaysia adalah orang Umno.

Pihak pimpinan Umno perlu sedar akan masalah ini dan tidak boleh menghalalkan apa yang dilakukan oleh Noh Omar ini sebagai "strategi untuk membantu Umno". 

Kita masih ingat lagi di mana pimpinan Umno Selangor juga yang bersalah yang membenarkan Datuk Harun Idris yang memerintah Selangor dengan cara "political patronage" yang akhirnya jatuh tersungkur kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

Contoh "political patronage" ini adalah hanya memberikan kontrak dan bantuan kepada ahli Umno atau dengan sokongan Umno sahaja. Secara amnya, ia mungkin adalah baik untuk Umno, tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha sebegini rupa adalah hanya untuk menguntungkan yang terlibat sahaja agar mereka mempunyai pengikut setia yang terhutang-budi setelah mendapat habuan. 

Benarlah kata orang, politik jenis ini hanya inginkan kuasa dan kekayaan, dan hanya menggunakan "kepentingan Umno/Melayu" sebagai slogan atau retorik kosong semata-mata. 

Umno Selangor juga bersalah dalam membenarkan "Abang Z" bermaharajalela di Kelang sehingga dapat membina 'istana'. Umno Selangor dan ditolak oleh rakyat bukanlah disebabkan oleh PKR atau DAP ataupun PAS. Umno Selangor sendiri yang bermasalah. Perdana Menteri kita telah menasihati Umno Selangor baru-baru ini agar jujur dan ikhlas. 

Bila lagi Umno Selangor akan jujur dan ikhlas? -MKINI-

Sebab tue aku cakap lebih baik korang tukarkan je tekun tue kepada duitumno. Buat apa korang buat tekun kalau paksa kami daftar jadi ahli umno dan suruh undi bn? Fack You! Bukan guna duit umno pun. Andai PR perintah pun benda neh still ada gak. Bukan hapus or mahsuh. Maybe ditambahbaik dan disalurkan pada golongan sasaran aku rasa. 

So, noh omar ko dan kroni2 umno patut fikir dalam2. Ini duit, duit rakyat. Kalau ko rasa umno je layak dapat pinjaman, jangan ko kutip cukai dan zakat dari penyokong pr. Boleh? Ko kutip dari penyokong umno sudah. Yang penyokong pr kami taknak bayar cukai dan zakat kepada kerajaan sebab bukan kami dapat apa2 kebaikan pun.

Buat jalan cantik2 guna duit rakyat tapi ko letak tol. Dua kali bayar lak tue. Buat jalan guna duit kami, nak lalu jalan tue kami kena bayar tol. Tah hapa2 tah. Sapa lah maloan2 yang sanggup kena buli dengan bn neh. Siyes aku tak sanggup. Aku bukan kulibatak lue bn, bukan. 

Ameno : Ini negara nama dia MALAYSIA bukan UMNO.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...