Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Oktober 2011

Pakatan Rakyat dan BN berkalobrasi hapuskan kampung baru.

Tahniah

Sebab anda tolong gadaikan kampung baru. 

72 vs 28.

72 = setuju akta

28 = tidak setuju akta

Usul : Menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011  

Di bawa : MP PAS = Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai)   

Keputusan : GAGAL.

28 menyokong usul pas.

72 membantah.

28 neh orang yang tak tidur. Dia faham sangat kenapa usul neh perlu dibahaskan sekali lagi. Sebelum neh kerajaan kata dorang tarikbalik usul neh. Sila baca bawah neh ;



KUALA LUMPUR, 3 Okt — Di sebalik tekanan dan bantahan berterusan, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang sepatutnya dibacakan buat kali kedua di Parlimen yang bermula hari ini, ditarik balik.
Perkara itu dimaklumkan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter sebentar tadi, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
“Agenda pertama di sesi Parlimen ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik tarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru. Kemenangan Pakatan, Kg Baru selamat!” katanya.
Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Batu turut menulis bahawa “penduduk Kg Baru boleh beraya betul-betul hari ini, buat kenangan pengorbanan (Allahyarhamah) YB Titiwangsa Dr Lo’Lo yang banyak berusaha membantah Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.”-utusan-



Pada 3 oct = tarikbalik.

Pada 5 oct = cadangkan balik.

Dua hari je tarikbalik? Lepas tue letakbalik? Patut cakap ia ditangguhkan sementara. Bukan tarikbalik. Tarikbalik tue maksudnya ko tarikbalik. Habis yang dah diluluskan neh apa citer? Ko nak manipulasi minda orang melayu ka? Berita tarikbalik ko tayang dalam tv, berita diluluskan ada masuk ke takde?

Itu satu hal. Penipuan dan pemanipulasian maklumat dari kerajaan neh aku rasa ramai dah masak. Ada yang sampai hangit. Tapi yang pakatan rakyat neh pun satu hal. Apasal hanya 28 je bantah akta neh. Ahli parlimen ada 220 campur seme. Pakatan punya ada 78. Tapi yang undi 28. Yang selebihnya tue buat apa? Tidur? Mampos? 

Terima kasih di ucapkan kepada MP kedua2 belah pihak. Jasa anda di ingat sampai mati. Anda tolong gadaikan tanah orang melayu di bandar. Itupun satu2nya tanah orang melayu di bandar. Untuk 28 yang mempertahankan kampung baru, anda hero. Aku minta dedahkan 28 nama yang mempertahankan kampung baru. Sebab aku nak tengok sangat muka2 MP Pakatan yang gilababi tidak pertahankan kampung baru. Sekian. 

Ameno : Korang memang pakatan mimpi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...