Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Oktober 2011

Jet peribadi sapa pula neh..?

Menteri dan TV Hijrah mewah berbelanja

Ini kisah seorang menteri yang belum sepenggal berada dalam kabinet dah mula tunjuk hidup mewah. Menteri lain yang berpuluh tahun pegang jawatan, tak hidup semewah menteri yang sorang ni. Bukan nak menuduh, jauh sekali nak fitnah. Tetapi inilah hakikat yang berlaku di depan mata. Belum habis edah isu pembaikian rumah yang bernilai berjuta-juta ringgit itu, hari ini timbul pula keborosannya berbelanja duit kerajaan.

Sikap borosnya hanya Tuhan saja yang tahu. Selain gaya hidupnya yang keterlaluan mewah sehingga mengalahkan ahli perniagaan dan jutawan, menteri ini juga dikatakan tidak mesra pekerja di bawahnya.

Baru-baru ini, pada 27 September 2011, TV Hijrah dikatakan telah menempah atau menyewa khas sebuah jet peribadi untuk membawa krewnya bersama menteri yang juga penaungnya membuat liputan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Guar Cempedak, Yan, Kedah.

Tindakan ini amat mengejutkan kerana TV Hijrah yang baru dua tahun beroperasi boleh berbelanja besar semata-mata hendak pergi buat liputan program Solehah di Rumah Budi, Yan, selepas ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu. RTM yang berpuluh-puluh tahun beroperasi pun masih belum mampu hidup sederhana mewah, inikan pula nak bermewah-mewahan seperti dinikmati dan dikecapi TV Hijrah yang berusia baru setahun jagung itu.

Nak tanya pihak pengurusan TV Hijrah, ada apa-apa perjanjian istimewa ke dengan orang yang ada kepentingan dengan projek itu sehingga menempah jet peribadi untuk membawa mereka ke Yan. Atau mereka mendapat kelulusan Lembag Pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Yusof Nor atau atas arahan menterinya atau CEOnya memandai-mandai membuat keputusan sendiri?
Inilah yang menimbulkan tanda tanya dengan sikap mewah TV Hijrah dan menteri yang menjaganya. Walhal, terbang naik MAS, AirAsia atau Firefly pun boleh sampai setakat ke lapangan terbang Kedah tu.

Naik van yang menjadi pengangkutan utama krew RTM keliling Malaysia untuk menyiapkan program pun boleh. Tak ada masalahnya. Setakat Kuala Lumpur ke Kedah, lalu Lebuh Raya Utara Selatan dengan tolnya tak sampai RM30 dan minyak tak sampai RM100 pun boleh sampai.


Tak perlulah baik jet peribadi dan tak perlulah nak tunjuk hidup bermewah-mewahan. Menteri berkenaan sepatutnya bertanggungjawab dalam kes ini. Beliau wajar memberi penjelasan kepada rakyat yang nak tahu kenapa naik jet peribadi untuk ke program kecil.

Gambar:
Jet peribadi yang disewa khas oleh pengurusan TV Hijrah untuk menerbangkan krew program Solehah dan menteri berkenaan ke Kedah

1. Bukan aku yang tulis artikel neh.

2. Aku siar atas permintaan penulis email.

3. Lihat gambar yang dimaksudkan di bawah neh ;



Jeng jeng jeng..

Ada orang nampak..

Jeng jeng jeng..

Orang yang nampak sudah marah..

Jeng jeng jeng..

Umat islam jangan suka meminta2 dan tamak..

Jeng jeng jeng..

Allah swt maha melihat..

Nota : Kisah ini benar berdasarkan kepada persepsi penulis. Saya selaku penyiar, sekadar menyediakan platform. Harap maklum.

Ameno : Isu zakat.. dari orang berkaitan.. aku dah dengar banyak komplain.. habislah.. mulut orang bukan mulut tempayan..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...