Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia merupakan negara separa kebajikan, tetapi menegaskan, ia tidak seharusnya menjadi negara berkebajikan penuh kerana boleh menyebabkannya muflis.Bekas perdana menteri itu berkata, dalam sesetengah kes adalah benar Malaysia negara berkebajikan sebab banyak barang dan perkhidmatan adalah murah kerana kerajaan memperuntukkan wang untuk mengurangkan kos sara hidup.“Kos hidup di negara ini adalah rendah,” kata Dr Mahathir yang ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian pentadbiran Najib di sebalik polemik mengenai negara berkebajikan sejak kebelakangan ini.“Jika dibandingkan RM1 di negara ini boleh digunakan untuk membeli barang bernilai AS$1 di Amerika sebab kos hidup di sini hanya satu pertiga berbanding di Amerika ” kata beliau -TMI-
Dem! Apsal bila mahathir cakap malaysia bukan negara kebajikan takde orang nak bising pun? Apsal bila aku cakap benda yang sama seme orang memekak? Apa yang membezakan kata2 dengan kata2 dia walaupun aku yang cakap dulu? Bukan aku lagi pengalaman dari dia dari soal neh?
Aku rakyat <-- orang yang akan merasai kebajikan
Dia pemimpin <-- orang yang di amanahkan untuk beri kebajikan.
Sebagai testimoni dia, aku mengatakan bahawa malaysia neh bukanlah negara kebajikan walaupun najib pong pang pong pang mengatakan malaysia neh negara kebajikan. Tapi padan lah muka sama najib pasal mahathir pun dah mengaku malaysia bukan negara kebajikan penuh. Negara kebajikan cikit je. Sebenarnya separa pun tak sampai. Cikit je. Kalau nak negara kebajikan penuh maka negara akan bankrupt.
kah kah kah
Bukan aku cakap. Mahathir yang cakap. Aku nak negara kebajikan penuh. PR cakap mereka boleh bagi asalkan undi mereka. So aku ingat kita ramai2 undi PR dan tengok samada malaysia bankrupt ke tak selepas jadi negara kebajikan penuh.
Lagi satu mahathir cakap kos sara hidup di malaysia neh rendah. Mula2 aku cadang nak maki dia. Tapi aku fikir balik. Orang tua kita kena hormat. Dia lagipun sakit. Kurang sihat. So aku amek keputusan untuk tidak maki dia. Lagipun aku berpendapat mungkin dia merujuk kepada kos sara hidup dia kot. Ikut persepsi aku sekarang neh ;
kos sara hidup mahathir ;
kereta -> free
rumah -> free
perbelanjaan harian -> free
makan + minum -> free
kos pengangkutan -> free
kos perubatan -> free
HEI!!! Apa yang dia bayar hah? Dah semua free je. Ceh. Padan lah dia cakap rendah. Pasal dia tak keluar duit satusen pun. Macam neh mahathir, aku harap ko ataupun sedara mara ko baca blog aku neh. Aku nak cakap cikit. Kos sara hidup kat malaysia neh kena rujuk kepada kos sara hidup rakyat. Oleh itu ko kena dapatkan testimoni dari rakyat. Untuk itu aku berbangga menjadi testimoni percuma yang pertama untuk ko. Kos sara hidup kat malaysia neh mahal. Sampai aku dah tak tertanggung lagi. Pasal tue aku maki BN. Pasal BN lah punca semua neh. Disebabkan dorang tak pandai urus tadbir ekonomi negara + membazir, dorang telah menyusahkan aku. Harap ko maklum tue. Sekian.
[ADS] What's playbook blackberry? Try it now.
[ADS] Play facebook games now to win an ipad2
Ameno : nyanyok ka?
0 Comment to " Mahathir: Malaysia muflis jika negara kebajikan penuh "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.