Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 Februari 2011

Terkini : Hosni and the geng dah lari!


Okey ini adalah update yang terkini pasal mesir. Saya cuba translatekan setakat yang penting2 je kat sini.

1. Ahli keluarga si hosni neh dah berambos lari ke uk [britain] sekarang. minta tolong kat uk plak.

2. dengar citer hosni dan seluruh ahli keluarga mereka ada kerakyatan britain.

3. yang memulakan gerakan upacara menyelamatkan diri sendiri ini ialah gamal mubarak, 47 tahun anak si hosni.

4. gamal lari bersama 97 bagasi. apa ada dalam bagasi tue weh? lari menggunakan private jet yang dimiliki oleh keluarga mereka. [obviously beli guna wang rakyat. heh]

5. Rumah mewah mereka kat london bernilai £8.5million. WOW! [rujuk gambar].

6. Wartawan2 sedang berkemurun kat luar rumah/kawasan tersebut untuk cungkil rahsia dan amek gambar beb. Namun selepas si gamal neh dapat tahu ada wartawan berkumpul di hadapan kediaman nya, dia cabut keluar senyap2 bersama isteri dan anak2 untuk menuju ke tempat yang lebih privacy.

7. Manakala si hosni 82 tahun, dan isteri nya suzzanne 69 tahun, juga plan nak keluar dari mesir. Ada sumber mengesahkan bahawa bagasi2 mereka telah tiba di heathrow. [mana tempat neh weh? britain ke?]

8. Ada juga sumber dari mesir cakap hosni akan keluar melalui tel aviv. [senang cakap israel nak bantu lah neh]

9. hosni telah mengumpul kekayaan sebanyak £25 billion semenjak memegang tampuk pemerintahan mesir.

10.Isteri hosni iaitu suzzane, gomal dan alaa 49 tahun, [anak hosni yang lebih tua] adalah simbol pemborosan di mesir.

11. Suzzane, isteri hosni juga mendapat gelaran 'Marie antoinette' sempena ratu perancis yang gilakan kemewahan sampai putus kepala [amukan rakyat la neh] dalam revolusi perancis.

12. Namun rakyat mesir sedang sedaya upaya akan halang hosni dari keluar dari negara.

13. Punca nya mereka nak amek dulu hak2 rakyat mesir sebelum hosni cabut. Kalau nak cabut sehelai sepinggang takpe.

14. Ada juga mengatakan kerajaan hosni sebenarnya plan agih2kan kekayaan dulu lepas tue baru berundur dari mesir dalam masa terdekat. Kekayaan sudah di agih2kan sebab tue lah anak2 hosni dah mula berangkat ke luar negara sekarang.

15. Dengar citer acc bank hosni di switerzland dah dibekukan.

Update terbaru menyusul kelak.

Updated :

2/2/2011

1. Hosni umum berundur pada september 2011

2. rakyat mesir tetap tidak bersetuju dengan pelan hosni tersebut dan membantah sebarang tindakan utk berbincang dan berdialog dengan hosni. Mereka mahu hosni berundur segera.

3. Terdapat beberapa provokasi dari pro-hosni yang cuba mencetuskan suasana hura hara ketika protes sejuta umat mesir semalam.

4. Protes yang bertemakan sejuta umat mesir berjaya menghimpunkan lebih 2 juta umat mesir di seluruh bandar2 besar seluruh mesir dengan sebahagian besar di bandar tahrir square [pusat protes].

5. Mohammed Albaradei juga menolak sebarang perbincangan dengan parti politik pembangkang di mesir. Mohammed Albaradei menegaskan misi utama rakyat mesir iaitu menjatuhkan hosni mubarak yang perlu di utamakan kini.

6. Dapat tahu dari sahabat fb rupanya ada sekumpulan polis [tak pakai uniform] telah membuat provokasi dan bergaduh dengan rakyat mesir ketika himpunan di bandar2 besar mesir semalam tetapi berjaya di kawal oleh tentera. [polis neh bodoh beb, dah lar tak sedar diri yang tentera lagi power.. lagi ada ahti nak lawan dengan tentera!] lanjut mengenai itu di sini.

7. Israel dan US menghalang Hosni dari meletak jawatan ataupun melarikan diri ke luar negara. Dua kuasa besar ini akan kehilangan pengaruh di mesir jika hosni berbuat demikian. Hosni terpaksa berhadapan dengan semua situasi getir di mesir demi israel dan US. [kesian.. kesian.. nak lari tapi dihalang.. hahaha]

8. Ini pula ada petikan live update dari fb mesir semalam yang saya tak dapat nak tunggu akibat terlalu mengantuk sangat..

- hosni mula berucap di hadapan rakyat mesir dan menyalahkan pihak yang cuba menggunakan medium protes untuk berbuat kejahatan seperti membakar dan merampas harta benda.

- hosni juga menegaskan dia tak pernah berimpian untuk menjadi pemimpin sebanyak 6 penggal. [ketika ini dia di cemuh]

- hosni tidak akan bertanding untuk pilihanraya akan datang, oleh itu dia akan memerintah mesir sehingga tamat penggal pemerintahan nya. [ketika ini dia di cemuh]

- hosni juga mengatakan dia bangga dengan apa yang dia dah berjaya kat mesir selama 30tahun. [ketika ini dia di cemuh]

- Pasukan pengaman pro kerajaan mula menghampiri rakyat dengan [mereka di gelar samseng kerajaan oleh rakyat mesir] membawa keluar pisau, pistol dan kayu baton bersedia untuk membantai rakyat mesir.

- Selepas sahaja tentera beredar dari lokasi perhimpunan, beratus2 orang kerajaan [yang di gelar samseng kerajaan] mula menyerang orang awam dengan pisau, pistol dan kayu baton di beberapa lokasi seperti cairo, alexandaria dan portsay.

Ini terbukti bahawa mereka telah dicederakan oleh kerajaan zalim hosni. Setelah polis lumpuh akibat penentangan tentera kini mereka muncul sebagai samseng utk menyiksa orang awam. Silap2 mereka lah yang merompak, membunuh, menembak dan mencederakan sesiapa sahaja untuk menimbulkan persepsi serong kepada kumpulan rakyat mesir. Bagus. Didikan israel memang masuk dalam jiwa hosni.

Ameno : asal lari bawa duit.. sah2 pemimpin zalim.

Share this

3 Responses to " Terkini : Hosni and the geng dah lari! "

  1. heathrow tu airport antarabangsa kat england.

    dan untuk entri sebelum neh, hercules tu kapal terobang tentera - kargo dan bukan untuk penumpang. sebab tu untuk penumpang terhad. kalo nak bawak jugak kena modified kot, entah laa.

    ohhh... sejarah berulang lagi. kerajaan digulingkan, pemimpin lari bawak harta ke luar negara.

    dari marcos, ben ali bawak lak ke hosni. agaknya pasal tu kot pemimpin2 dunia (ayat double meaning) dok bersungguh2 beli property kat luar negara biarpon ketika dalam keadaan aman macam kat mesia. semua nak dijadikan talian hayat satu hari nanti.

    kita perlu pantau semua neh. harussssss belajar dari sejarah.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...