Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Disember 2010

Selamat tinggal melayu kampung baru.

Kini melayu kampung baru boleh merasa lega. Lega kerana mereka sudah tidak lagi dilindungi oleh UMNO. Umno yang menerajui kerajaan akan tolong penduduk melayu di kampung baru membubarkan dua akta penting. Dua akta penting ini sebenarnya dipertahankan selama ini demi melindungi penduduk melayu di kampung baru. Namun dengan penghapusan dua akta penting ini, saya percaya melayu di kampung melayu juga akan turut terhapus. Syabas Najib. Kerja dia semakin cekap. Dia semakin menyerupai Mahathir. Lihat bawah ini ;

PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.
Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.
Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.
Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.
“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.
Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.
Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.
Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Saya memang suka sangat lah dengan pelan tindakan kerajaan di bawah najib. Seronok sangat tengok melayu semakin me-la-yu di bawah pimpinan najib. Namewee tidak didenda. Aset melayu berpindah milik kepada bangsa lain. Penganut islam yang semakin tertindas. Negara yang semakin dipenuhi dengan korupsi. Pemimpin pembangkang yang tiba-tiba dikenakan hukuman gantung parlimen. Termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang. Pendedahan wikileaks tentang najib yang sampai sekarang tiada maklum-balas dari najib. Dan terbaru najib bangkit bilamana singapura menyerang kepimpinan najib menerusi wikileaks. Tindakan pantas najib saya puji. Disebarkan menerusi tv3 dan diperluaskan pula oleh utusan. Rujuk gambar di bawah ini ;



Baca betul-betul apa yang najib cakap. Najib cakap ;



Malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap mentadbir negara.


Bukti sememangnya malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap boleh rujuk di link bawah ini. Hah. Apa lagi yang pembangkang nak cakap? Mesti kering idea nak kutuk najib kan? Padan muka lue!


Ameno : Tengah tunggu perkasa mengamuk sakan. Ishhh.. mungkin ke? Kah kah kah

Sumber artikel ialah sini dan sini

Share this

0 Comment to " Selamat tinggal melayu kampung baru. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...