Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 November 2020

UMANY Mohon Maaf Kepada Agong, Tarik Balik Kenyataan 30 Oktober.

Kenyataan Media | Patik Mohon Ampun Tuanku - Penarikan Kenyataan Media UMANY Bertarikh 30 Oktober 2020

1. Selepas merujuk kepada nasihat daripada ahli-ahli pakar perlembagaan, pihak UMANY telah membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.

2. Pihak UMANY ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan YDPA dalam perlembagaan. Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan.


3. Selain itu, kita ingin menekankan sekali lagi pendirian kita, iaitu kenyataan yang dinyatakan pada 30 Oktober adalah untuk tujuan perbincangan akademik dan tidak berniat untuk menghasut. Tambahan pula, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat. Kita menuntut pihak polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta- akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY dan menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim ini yang menyekat kebebasan bersuara.

4. Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa pihak kami dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan. Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik

Sekian, terima kasih.
UMANY

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...