Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Jun 2020

Cabar Penubuhan Vernakular, Peguam Jelaskan Kenapa Khairul Azam Tarik Balik Saman.

Aidil Khalid | Ada orang pertikai, apa sudah jadi, tak kan apabila kerajaan bertukar, maka terus tarik balik saman bagi mengharamkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil? Rujuk laporan Malaysiakini di sini: https://m.malaysiakini.com/news/528359 

Mari sini saya terangkan.

Ada empat kes yang difailkan secara berasingan (kesemuanya mempunyai asas tuntutan yang sama, iaitu bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah salah dan tidak sah, serta bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan). Keempat-empat kes itu adalah:-

1. GPMS dan MAPPIM vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia

2. Khairul Azam bin Aziz vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia

3. ISMA vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia

4. iGuru vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan malaysia

Keempat-empat kes ini difailkan dan ditetapkan di hadapan hakim-hakim yang berbeza, dan mahkamah-mahkamah yang berbeza.


Hanya satu kes yang ditarik balik, iaitu kes no. 2 (Khairul Azam vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia). Sebab mengapa ditarik balik, ialah kerana ketika Saudara Khairul Azam memfailkan samannya, dia tidak maklum bahawa ada pertubuhan yang akan memfailkan saman yang sama. Jika dia tahu, sudah tentu tiada keperluan untuk dia memfailkan banyak-banyak kes, lebih baik jika bergabung dalam satu pasukan sahaja.

Maka kerana itulah, setelah Haji Haniff Khatri dan barisan peguam yang mewakili kes No. 1 (iaitu kes GPMS dan MAPPIM vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia) berbincang dengan Saudara Khairul Azam, maka diputuskan adalah lebih baik jika Khairul Azam menarik balik kesnya. Memandangkan kes ini adalah cabaran berasaskan Perlembagaan, maka sudah tentu lebih molek jika Plaintifnya adalah dari kalangan pertubuhan pendidikan, locus standinya lebih kukuh.

Maka atas dasar itulah, Saudara Khairul Azam telah dengan berjiwa besar bersetuju untuk menarik balik kes ke-2 tersebut. Dalam masa yang sama, Saudara Khairul Azam juga telah bersetuju untuk menyertai barisan peguam bagi kes No. 1 (GPMS dan MAPPIM), memandangkan Saudara Khairul Azam sememangnya peguam yang dikenali seantero Malaya.

Manakala bagi kes Ke-3 pula (ISMA vs Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia), permohonan telah pun dibuat dan Mahkamah telah pun membenarkan, untuk kes tersebut digabungkan sekali dengan kes No. 1 (iaitu kes GPMS dan MAPPIM). Rujuk Gambar Kedua.

Harapan akhirnya ialah supaya kesemua kes ini dapat digabungkan ke dalam satu kes, dibicarakan di hadapan satu hakim di dalam satu Mahkamah, supaya dapat mengelak keperluan untuk membicarakan satu isu berulang-ulang kali.

Dalam apa keadaan sekalipun, percayalah, insyaAllah perjuangan memartabatkan kedudukan Perlembagaan akan diteruskan, tanpa mengira siapa pun yang memerintah. Parti politik naik dan turun, jatuh dan bangun — tetapi perjuangan berteraskan perlembagaan bagi kepentingan agama, bangsa dan negara, tidak sekali-kali ditinggalkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...