Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Disember 2019

Gagal Bayar Hutang Pelancongan Mewah, Azmin Anggap Ia Konspirasi Politik.

Najib Razak | Popcorn dah beli?

Ini rumusan plot sinetron terbaru PH.


Bulan November lepas, agensi pelancongan saman Menteri di Mahkamah dengan membuat beberapa dakwaan:

- Menteri tak bayar tunggakan bil tiket penerbangan untuk Menteri dan keluarganya sebanyak RM328,901.

- kos tiket penerbangan ulang-alik Anak Menteri ke London sahaja ialah RM56,000 untuk dua kali melancong dalam tempoh 3 bulan.

- Menteri merupakan pelanggan sepanjang tempoh 20 tahun.

- kos tiket penerbangan Menteri dan keluarganya sering mencecah RM1 juta setahun. Belum masuk lagi kos hotel.

-----------------
DALAM tuntutan balas yang difaikan pada hari Jumaat melalui firma peguam Tetuan Daim & Gamani (ya, firma Daim Zainuddin), Menteri kata:

- Saman ini adalah konspirasi politik dan sengaja dibocorkan untuk memalukan Menteri.

- konspirasi ini didalangi oleh "pemimpin sebuah parti politik" (bakal PM ke-8 lah tu)

- konspirasi ini ada kaitan dengan video seks Haziq dengan individu mirip Menteri.

- Menteri mengaku berhutang RM162,272 dari tuntutan RM328,901 itu - termasuk lebih RM60,000 ke atas akaun 2 anak lelakinya yang belum dewasa.

(Bukan kata ini konspirasi? Mengaku berhutang dan mengaku kos penerbangan anak-anak belum dewasa melancong dalam tempoh 3 bulan cecah RM60,000 pulak ?)

- Menteri menolak baki liabiliti tuntutan RM160,000 lagi yang dicaj ke atas akaun anak lelaki dan 3 anak perempuan dewasanya.

(Anak-anak dah dewasa. Sendiri bayar kali ini)

Semakin menarik plotnya!

Kita tunggu respon bakal PM ke-8 dalam episod sinetron seterusnya. - 16 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...