Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Mac 2019

Akibat Terlalu Laju Nak Mengecam Timbalan Menteri Dek UEC, Akhirnya Mereka Memalukan Diri Sendiri..

POLITIK | Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching telah mempelawa mereka yang memegang sijil SMA, SMU dan UEC untuk menyambung pengajian di PISMP - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Khas.


Ambilan Khas ini mensasarkan bakal-bakal guru tersebut untuk mengajar secara khusus dalam subjek sepertinya Bahasa Cina, Bahasa Arab, Jawi dan sewaktu dengannya.

Pengambilan ini telah bermula sejak tahun 2010.


Pengambilan dari UEC bertujuan untuk menambahkan bilangan guru yang mengajar Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Hal ini telah menjadi polemik di sosial media dimana;

๐Ÿ‘‰ DAP dipersalahkan kerana dianggap telah mengiktirafkan UEC.

๐Ÿ‘‰ DAP dimaki-hamun kerana dianggap telah memulakan dasar itu (ambilan khas dianggap bermula pada tahun 2019, selepas DAP menjadi kerajaan).

๐Ÿ‘‰ DAP dianggap telah menguasai pentadbiran negara dan bidang kependidikan.

Apakah benar hal tersebut?

Jawapannya;

๐Ÿ‘‰ UEC tidak diiktirafkan. Ataupun belum lagi diiktirafkan secara sah. Jika UEC diiktirafkan, maka PERKATAAN AMBILAN KHAS yang dibuat untuk memenuhi bilangan guru dalam subjek tertentu, tidak akan berlaku. AMBILAN KHAS merujuk kepada satu keadaan, dimana ia tidak mengikuti protokol ataupun dasar sedia ada bagi memenuhi kuota/kekurangan.

๐Ÿ‘‰ Hal ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi.

๐Ÿ‘‰ Oleh itu untuk membayangkan DAP telah membuat keputusan dengan membelakangkan pihak lain, adalah tidak benar.

APAKAH SALAH MEMPERTIKAIKAN UEC dan MENYOKONG DASAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN NEGARA?

Jawapannya tidak salah;

๐Ÿ‘‰ Tetapi kritikan haruslah bersandarkan fakta dan bukannya emosi kebencian.

๐Ÿ‘‰ DAP tidak sewajarnya dikecam secara pilih kasih kerana meneruskan dasar lama, menjadi aspirasi DAP, MCA untuk memberikan pengiktirafan kepada UEC seperti yang semua sedia maklum - hal ini juga termaktub dalam kempen politik kedua-dua belah pihak.

๐Ÿ‘‰ Sesetengah pihak melakukan kritikan kerana ada DAP didalamnya. Kerana DAP itu lebih beliau benci berbanding menghayati DASAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN NEGARA. 

Menyokong usaha SISTEM SATU SEKOLAH yang menyatukan anak bangsa dibawah satu pendidikan adalah perkara yang menguatkan perpaduan negara. Semua patut sokong usaha ini tetapi dalam pada menyokong usaha tersebut jangan sesekali menyelitkan fitnah ataupun tohmahan kepada mana-mana pihak. Ia akan mencacatkan perjuangan. 

Menurut penulis;

๐Ÿ‘‰ KPM telah membuka kaji selidik dan mungkin ia masih dibuka lagi ketika ini, sudahkah anda memberikan cadangan kepada KPM? Penulis sudah melakukannya bahkan telah mencadangkan betapa kerajaan perlu menghapuskan SISTEM VERNAKULAR AT ALL COST.

๐Ÿ‘‰ Sudahkah anda memberikan idea bagaimana ia harus dilakukan? Idea itu disusuli dengan penulisan yang baik dan bukannya maki-hamun? Penulis sudah melakukannya. Penulis mengatakan semua jenis sekolah vernakular bukannya DITUTUP BANGUNAN (literal) sebaliknya TUKARKAN NAMA kepada SEKOLAH KEBANGSAAN berbanding sekarang ini, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. Maka beransur-ansur vernakular akan dihapuskan.

๐Ÿ‘‰ Sudahkah anda memahami sentimen kenapa orang cina dan orang india tidak mahu menghapuskan sistem vernakular? Untuk orang cina - mereka mementingkan pendidikan terbaik dan bebas dari campurtangan politik. Mereka juga tidak mahu sekolah yang terlalu banyak elemen keagamaan. Untuk orang india, ia lebih kepada mempertahankan kebudayaan dan jatidiri mereka. Setelah kita memahami sentimen mereka ini bolehkah kita bertolenrasi bagi mewujudkan SEKOLAH SATU SISTEM?

๐Ÿ‘‰ Sudah tentu boleh. Dr. MAZA datang dengan idea. Pecahkan sekolah kepada aliran pagi dan petang. Aliran pagi semua pihak perlu duduk bersama dalam satu sekolah. Belajar Bahasa Melayu bersama. Belajar matematik bersama. Belajar Sains bersama. Belajar Sejarah bersama. Jangan ada elemen keagamaan. Untuk aliran petang, masing-masing akan datang dengan konsep masing-masing. Umat Islam mahukan aliran keagamaan, maka ia boleh dilaksanakan pada sesi petang. Kaum india dan cina mungkin mahu focus kepada Bahasa Cina, budaya, aliran tamil dan sebagainya, teruskan.

๐Ÿ‘‰ Jika usaha penerangan ini dilakukan secara berkala, berterusan, tanpa sentimen kebencian, menfitnah, tohmahan, apakah ianya mustahil untuk mengubah persepsi negatif mereka yang mempertahankan aliran vernakular? Kita terlebih dahulu perlu berjuang tanpa menfitnah dan mencederakan mana-mana pihak yang menentang secara emosi kebencian dan taksub. Kerana itulah sahaja satu-satunya cara untuk mereka datang kepada kita dan berjuang bersama-sama kita. 

Selagi mana lidah basah dengan zikir DAP komunis, DAP babi, DAP itu DAP ini, toksah beranganlah. - 19 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...