Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Ogos 2018

Nga Kor Ming Nafi DAP Berkeras Mahu Pajakan Tanah 999 Tahun.

Politik | Semalam Utusan melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang berkeras mahukan pajakan tanah 999 tahun diberikan kepada kampung-kampung baharu.

Laporan itu menyebut;



1. Nga Kor Ming mahu PH komited melaksanakan janji pilihanraya seperti yang terkandung dalam manifesto pru ke 14.


2. Perlaksanaan janji itu tidak akan bercanggahan dengan perlembagaan negara memandangkan hal ehwal tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.


3. Nga Kor Ming juga menegaskan, pajakan tanah 999 tahun akan diberikan kepada penempatan yang sudah lama dibina sebelum kemerdekaan lagi, iaitu sejak tahun 1948 waktu zaman darurat. Ia bukan merujuk kepada kampung-kampung baru dan tak semestinya kepada orang cina sahaja. Hak milik kekal (999) akan diberikan kepada kampung tersusun, penempatan kaum india dan kampung baru.


4. Nga Kor Ming juga dipetik sebagai berkata, PH memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan janji berkenaan. 



Bagaimanapun dalam satu kenyataan di Twitter, Nga Kor Ming tak semena-mena menafikan laporan Utusan yang bertajuk : DAP BERKERAS, tetap tuntut milik tanah 999 tahun.

Menurut Nga Kor Ming berita yang dilaporkan Utusan adalah tidak benar dan amat tidak bertanggungjawab.

"Saya berasa amat kesal dengan laporan Utusan Malaysia hari ini. Ini adalah berita yang tidak benar dan amat tidak bertanggungjawab. Laporan sedemikian bertujuan membuat provokasi. Saya harap seluruh rakyat Malaysia jangan jatuh dlm perangkap dan jauhi racun politik perkauman yang berdusta," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Utusan Malaysia, tinjauan mendapati Bernama turut melaporkan berita yang sama dengan tajuk yang sedikit berbeza.

Sejak minggu lepas, DAP Perak khususnya dikritik keras kerana mendesak pajakan tanah 999 tahun diberikan kepada perkampungan baharu yang mana rata-ratanya beranggapan ia hanyalah merujuk kepada perkampungan yang didiami oleh masyarakat cina. - 20 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...