Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Jun 2018

Tips Menjadi Pembangkang Yang Berkesan Dari Lim Kit Siang Untuk UMNO.

Oleh : Malaysiakini
 

Susulan kekalahan BN pada PRU14 lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Bung Moktar Radin semalam tampil berkongsi tips dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, bagaimana mahu menjadi pembangkang yang berkesan.


Menurut beliau, UMNO harus mengamalkan pemikiran dan modus operandi sama seperti Pakatan Harapan yang sebelum ini menjadi pembangkang. Ini termasuk membuat sesuatu tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.

"Sebab itulah mereka perlu belajar bagaimana untuk menjadi pembangkang. Kita perlu mengukuhkan parti kita, kita berjuang seperti pembangkang sebelum membentuk kerajaan.

"Mereka bertarung dengan Kerajaan BN tanpa henti. Mereka terus membuat spekulasi dan akibatnya, banyak daripada mereka dituduh di mahkamah. Mereka hanya tahu menghentam UMNO dan BN, mereka tidak peduli.

"Jadi, kita mahu bekerja seperti itu atau lebih baik daripada pembangkang sebelum ini,"
katanya.

Bagaimanapun, tampil memberi teguran Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, tips yang dikongsikan oleh Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu hanya akan menjadikan UMNO sebagai pembangkang buat selama-lamanya jika parti itu mengambil petua berkenaan sebagai idea "pembangkang yang berkesan".

"Petua Bung akan jadikan UMNO sebagai pembangkang selamanya, tidak akan dapat kembali ke koridor kuasa.

"Sepanjang 53 tahun saya dalam politik pembangkang, saya tidak pernah bergerak dengan cara yang digambarkan oleh Bung dalam berperanan sebagai pemimpin pembangkang dan saya boleh mengatakan perkara yang sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

"Saya sedia untuk memberi tuisyen percuma kepada UMNO/BN tentang cara untuk menjadi pembangkang yang membina dan berkesan kerana saya mahu melihat keputusan PRU14 pada 9 Mei menumbuhkan demokrasi dengan akar yang kuat di Malaysia.


"(Ini) bermakna mekanisme semak dan imbang bukan hanya pada parti pemerintah sendiri tetapi juga peranan yang efektif dan konstruktif daripada pembangkang, media dan masyarakat madani.

"Tetapi jelas bukan peranan pembangkang yang dibayangkan oleh Bung, yang tidak jujur, merosakkan dan memecahkan masyarakat Malaysia yang demokratik dan berjaya,"
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...