Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Februari 2018

Tukar Cara Kira Dividen, Ini Jawapan Tabung Haji Kepada Pendeposit Seluruh Malaysia.

Kenyataan Media

Isu penggiraan dividen

Assalamualaikum Pendeposit yang dihormati,


Simpanan di TH adalah berkonsepkan Al-Wadi’ah Yad Dhamanah di mana simpanan adalah terjamin. Tujuan utama simpanan TH adalah untuk menunaikan haji tetapi kebanyakan pendeposit mengharapkan pulangan yang kompetitif seperti akaun pelaburan lain di bank, unit dana amanah swasta dan pencaruman di wang simpanan pekerja.

Harus diingatkan, bahawa akaun simpanan di TH adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan struktur dan prestasi mana-mana akaun simpanan lain. Simpanan di TH mempunyai risiko simpanan atau pelaburan terendah di dalam negara kerana ia dijamin 100% oleh kerajaan.

Walaupun pemberian hibah bukanlah suatu amalan yang wajib, TH sentiasa menjaga kebajikan pendeposit dan berkongsi pulangannya dari pelbagai pelaburan. Oleh itu, pengiraan dan pemberian hibah adalah mengikut budi bicara TH serta berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan kumpulan TH pada tahun semasa.

Pelaburan yang dijalankan oleh TH berdasarkan nilai dana yang terendah bagi tempoh 12 bulan. Oleh itu, pengiraan hibah juga wajar mengikuti formula yang sama iaitu berlandaskan baki minima tahunan akaun TH.

Pengiraan hibah pada tahun 2017 mengikut formula ini tidak seharusnya menimbulkan persoalan. Ini bukan kali pertama TH menggunakan kaedah pengiraan ini. Ia konsisten dengan galakan kepada semua pendeposit untuk menyimpan dana secara jangka panjang.

Setiap tahun sejak penubuhannya, segala keuntungan bersih yang dicapai oleh TH telah dihibahkan kepada pendeposit. Tidak kira apa formula yang digunapakai, pendeposit menerima kesemua keuntungan bersih yang ada.

Untuk kesejahteraan para jemaah Haji, TH juga telah membelanjakan sebanyak RM358 juta bagi tahun 2017 untuk subsidi Haji muaasasah dan perkhidmatan perkhidmatan lain secara menyeluruh saperti kemudahan hospital kesihatan, bimbingan haji dan lain lain tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sekali lagi, kami ingin menegaskan, penabungan di TH adalah untuk mengerjakan ibadah Haji dan tidak seharusnya bagi tujuan mengharapkan pulangan semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...