Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Oktober 2017

PAS Gila Publisiti, PPIM Bermatian Lawan Judi Baru Dia Nak Bersuara - Netizens Tibai Nasruddin.

Nampaknya usaha Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan untuk menunjukkan solidariti ke atas Yusof Azmi dan Ali Salimin yang didakwa kerana menceroboh premis AGR Trade pada Julai lepas tidak kesampaian apabila niatnya itu menerima kecaman bertubi-tubi di laman sosial.

Pemimpin kanan PAS itu pada awalnya memuatnaik satu kenyataan bahawanya PAS bersama PPIM dalam tindakan membanteras perjudian.Usaha PPIM memerangi judi amat dibanggakan. 


"PAS bersama PPIM. Insyaallah PPIM tidak bersendirian. Lantaran PAS juga senantiasa konsisten dalam memerangi teras kemungkaran dalam negara ini. 

Malah saya menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira apa agama dan bangsa supaya bangkit dengan penuh sedar dan insaf untuk memerangi judi dan petualangnya hingga ke akar umbi," katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun terdapat netizens yang memberikan sindiran buat Nasruddin yang disifatkan mereka sebagai 'gila publisiti' dan 'baru nak bersuara'.




Untuk rekod, nama PPIM mula meningkat naik apabila NGO itu secara aktif membantu beberapa mangsa penipuan pembelian telefon, skim cepat kaya dan pinjaman Ahlong sebelum ini. 

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi juga beberapa kali mendedahkan kegiatan kongsi gelap yang dilindungi oleh pihak berkuasa sehingga pernah dipanggil untuk ke balai polis.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...