Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Jun 2017

Rantai Berlian 22 Karat Dibeli Untuk Isteri MO1, Sumber Wang Derma Dakwa DOJ.

Hari ini media sosial kecoh dengan penyebaran beberapa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ - selepas ini). 

Dokumen-dokumen yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja secara online itu mengaitkan Rosmah Mansur dengan pembelian beberapa barangan kemas dan mewah yang menggunakan sumber wang derma yang didakwa telah dipulangkan pada suatu masa dahulu.

Wang derma dah dipulangkan - Apandi Ali


Kenyataan bercanggah sesama sendiri

 
Lampiran dokumen yang mengaitkan Wife Of Malaysian Official 1

Gambar - MiloSuam
Sungguh pun nama Rosmah tidak disebut dalam dokumentasi berkenaan namun Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah mengesahkan bahawanya MO1 yang disebut oleh DOJ dalam tuntutan saman adalah merujuk kepada Najib Razak - Perdana Menteri Malaysia, justeru itu adalah logik untuk mengatakan WIFE OF MALAYSIAN OFFICIAL 1 dalam dokumen di atas adalah merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansur.

Senarai barangan kemas

Gambar - Malaysiakini
Dalam dokumen berkenaan di muka surat : 224, ia mendedahkan sejumlah dana dikesan dipercayai hasil penyelewengan untuk membeli berlian merah jambu 22 karat yang dibentuk menjadi seutas rantai berlian ("22 carat pink diamond necklace") untuk isteri kepada MALAYSIAN OFFICIAL 1.

Permata dan rantai itu telah dibeli daripada Lorraine Schwartz Inc. pereka barangan kemas yang berpengkalan di New York, yang mana merupakan pakar kepada barangan kemas dan perhiasan berlian.

Dokumen DOJ turut mendedahkan jumlah harga keseluruhan permata dan rantai itu ialah $27,300,000 (RM116.8 juta).

Menurut laporan Malaysiakini, DOJ mendakwa pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.
Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar. 


Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. 


Untuk pembacaan selanjutnya tentang dokumen-dokumen tersebut, rujuk sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...