Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Disember 2016

RUU355 Akhirnya Berakhir Di 'Lautan Marang' - Kesian, Penyokong PAS Terus Diperbodohkan.

Oleh : Zulhazmi Shariff

BERAKHIR DI MARANG.


Ramai hari ni upload gambar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama Ketua Penerangan Parti Islam dalam satu majlis di London. Majlis tersebut khabarnya membincangkan tentang hasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). 

Hasrat meminda Akta 355 ini menggila dengan tindakan Ahli Dewan Rakyat Marang memasukkan usul membawa Rang Undang-Undang Persendirian yang sudah tiga kali dipinda usulnya dan sudah 2 kali ditangguhkan pembentangannya oleh Marang sendiri. Apa agaknya kesudahan polemik pindaan Akta 355 ini? 

Aku sendiri telah berulangkali malah sudah menyampah menulis isu ini tetapi kali ini aku hanya nak MAKLUMKAN lebih awal apa akan berlaku seterusnya. Presiden Umno yang juga Malaysia Official 1 (MO1) yang terkenal seluruh dunia mengkelepet duit negara dalam Persidangan Agung Umno yang lepas sebutkan bahawa cadangan pindaan Akta 355 ini akan diambil alih oleh Kerajaan nanti. 

Itu suatu gambaran awal bahawa cadangan ini akan lepas daripada genggaman Marang tetapi ketika itu aku merasakan ianya prosedur biasa mengikut Peraturan Mesyuarat 49 Dewan Rakyat. 

Perlu faham bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 49 selepas usul diluluskan, ianya hanya menjadi Bacaan Pertama. Bacaan Kedua akan diambil alih oleh Kerajaan yang mana Timbalan Perdana Menteri sebutkan dalam taklimatnya kepada semua Ahli Dewan Rakyat Melayu Muslim bahawa Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas melibatkan Ahli Dewan Rakyat semua parti. Selepas penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas barulah Bacaan Kedua dibuat oleh Kerajaan. Ini prosedur biasa di bawah Peraturan Mesyuarat 49. 

Tetapi baru-baru ini aku mendapat maklumat bahawa ianya tidak akan berlaku seperti itu. Pada sidang Dewan Rakyat Mac 2017 nanti, usul Marang akan lenyap dari muka bumi Malaysia. HILANG TERUS. 

Kenapa? 

Ini kerana maklumat yang aku perolehi maklumkan bahawa Kerajaan akan terus mengusulkan pindaan Akta 355 sebagai Bacaan Pertama. Pindaan Akta 355 bukan lagi melalui Private Bill Marang tetapi menjadi urusan Kerajaan. Sebenarnya inilah juga yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknikal suatu ketika dulu tetapi dicilok oleh Marang menyebabkan haru biru 1Malaysia. 

Aku faham para walaunta dan walaunggas akan bertempiaran melolong gembira mengatakan bahawa ianya kemenangan mereka kerana jika tidak kerana istiqomah Marang membawa usul masakan Kerajaan akan mengambil perhatian. Alasan itu biasa saja. 

Apa yang mereka lupa ialah Umno sengaja mempermainkan mereka selama 2 tahun sehingga mereka berpecah belah sesama mereka dan parti-parti lain. Mereka dilalaikan dengan pindaan ini sehingga lupa tugas mereka memperjuangkan hak rakyat terbanyak yang terus dilanyak Najib & Umno. 

Mereka dipicit halkum daripada membantah kejahatan Najib. Dari dulu lagi kita juga secara konsisten (istiqomah) menyatakan bahawa pindaan Akta 355 ini urusan Kerajaan jika mereka benar-benar ikhlas. Sekarang apabila mereka sudah dilemahkan, dilonglaikan, dilalaikan akhirnya Umno hanya ambil air basuh kemaluan setelah puas lebai dikencing. Tinggallah lebai keharingan bersendirian. 

TUNGGU SAJA MAC 2017 nanti dan saksikan sendiri. Aku jarang silap.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...