Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 November 2016

Selepas Diasak Netizens, Najib Razak Padamkan Gambar Bersama Riza - Tetapi Semua Orang Dah Tahu, Nak Sorok Bagaimana?

Najib. Najib. Adakah kau sedang membuat lawak? Jika ya, lawak kau tidak lawak. Sebaliknya kau memalukan diri kau sendiri.

KAHKAHKAHKAH

Sebelum ini siaran berita di tv1 dan twitter rasmi Najib sendiri ada kongsikan gambar-gambar lawatan rombongan Najib ke Beijing, China.

Lawatan itu ialah lawatan rasmi. Lawatan kerja. Lawatan diplomatik. Secara nyata dan terang benderang lagi rakyat Malaysia yang taja. Guna duit pembayar cukai tu.

Gambar-gambar yang dimaksudkan ;


Kita zoom satu kali.


Nampak?

Itulah kelibat anak tiri kesayangan Najib Razak. Nama dia Riza Aziz. Dia sekarang terlibat dalam satu siasatan yang melibatkan penyelewengan wang #1MDB. DOJ ada buat satu siasatan rasmi tentangnya. Wang-wang yang digunakan untuk membiayai filem lucah 'The Wolf Of Wallstreet' dipercayai datang dari sumber 1MDB. Oleh kerana itulah Riza Aziz terlibat dalam siasatan tersebut. Ini berlaku kerana peraturan di Amerika Syarikat, yang mana dana yang dipercayai dari sumber meragukan akan disiasat agar tidak bercanggahan dengan peraturan kewangan negara mereka.

Pendek kata, peraturan kewangan di Amerika tidak akan mahu toleransi dengan dana/pelaburan/kewangan yang puncanya dari aktiviti haram/mencurigakan/penyelewengan/hasil curi.

Riza Aziz ke China dalam rombongan Najib.
Netizens tidak hanya menyangkal kelibat Riza Aziz semata-mata. Malahan lebih dari itu. Mereka tertanya-tanya. Apakah peranan Riza Aziz disitu?

Ianya agak menakutkan juga.
Apakah aset yang akan digadaikan lagi demi menyelamatkan seseorang, atau sesetengah pihak.

Hmmmm.

Berbalik kepada tajuk asal, selepas menerima kecaman bertubi-tubi, Najib Razak akhirnya terpaksa akur.

Dia kemudiannya dikesan telah memadamkan tweet yang mengandungi kelibat Riza Aziz dalam laman Twitternya.

 
Alamak Najib. Padam pun tak guna. Orang dah nampak, baca dan sebar. Bahkan kat tv1 pun ada.


Terang-terang lagi tv1 siar. Jangan nak tuduh wartawan sabotaj pula. Kang tak pasal-pasal ada yang digantung tugas pula.

Pokoknya Najib sekarang terasa dengan kritikan netizens dalam isu Riza Aziz. Rasanya dia mula memahami kebenaran disebalik persoalan rakyat dalam isu ini. Atas sebab itu sebagai langkah 'control damage', baik padamkan dulu bukti-bukti yang mencemar kredibliti. Tambahan pula, meskipun Riza Aziz bukanlah penjenayah namun apabila dia dinamakan antara prime suspect dalam siasatan skandal yang membabitkan dana mencurigakan, Najib pula sebagai perdana menteri yang dipercayai berkaitan dengan penyelewengan tersebut, boleh dilihat berdua berjalan bergembira bukankah ini menjengkelkan publik? Khususnya masyarakat Malaysia la kan. Aksi ini mewujudkan satu persepsi yang tidak enak. Malas nak sebut. Rasanya Najib lebih tahu apa dia. Babai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...