Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 September 2016

Drama Facebook - Wakil Rakyat VS Netizens - Wakil Rakyat BN Ini Datang Cara Baik Tetapi Last2 Kena Halau..

Episod satu.


Pendedahan bermula. Masalah dikenalpasti dan dilaporkan untuk tindakan segera.

Episod dua.

Sesi marking memarking dan viralkan di internet bagi penyelesaian segera pihak2 berkenaan.

Episod tiga.


YB turun padang sambil tangkap gambar main tunjuk2 masalah kat facebooknya. Lokasi tersebut dah dimarking oleh BH Tanjung Karang sebelum itu.

Episod empat.





Wakil rakyat kawasan datang perkenalkan diri dan terjah posting. Ingatkan orang nak puji tapi siap kena halau lagi. Orang tak makan ayat lue kot der. 24 tahun ke 24 jam ke itu semua orang taknak peduli. Yang orang nak tahu tindakan, tindakan, tindakan. Ini kita citer bab nyawa orang. Propaganda politik bagai tak laku kat sini. Kalau kat page pro kerajaan ataupun pembangkang laku la kot. Dorang kan taksuban.

KAHKAHKAHKAHKAH!

POWER gila Brader Lando. Tak sia-sia follow. Itu orang tarak goyang sama yaibi woi. Aku suka stail abang neh. Pasal apa. Dia bukan jenis sembang kencang. Nak terjah dia terjah terus. Naik office terus. Tak payah pongpang2 nak buat drama swasta macam pemimpin2 pembangkang. Meluat. Berdrama sangat lama-lama orang pun malas layan. Tue pasal demo tak jalan. Lepas tu potpet kata masyarakat kita dah takde harapan. Takde harapan abah kau! Orang tak sokong strategi politik kau je kot. Orang nak kau semua update sikit strategi dalam melawan. Bukan tak tentu hala dok ulang tayang taktik lama dan basi macam filem-filem lama. 

Berbalik kepada tujuan artikel, YB Budiman sikit punya sopan masuk memberikan komen sekali kena halau dan kutuk daa. Dia pun terpaksa steadykan diri melayan kritikan2 maut tersebut. Di satu sisi bagus juga dia neh. Bukan ahti tisu macam kebanyakan pemimpin2 kita. Kritik sikit kena block. Kritik banyak apetah lagi. Tapi kan. Aku yang tak kritik Jeff Ooi, sekadar retweet satu benda yang ada mention nama dia pun kena blocked. Haiyohhh. Itu bukan ahti tisu lagi dah aku rasa. Itu bahlol kot. Belum apa2 dah disumbatnya aku dalam penjara. Aku bunyi pun tak sempat. Baybee betul.

KAHKAHKAHKAHKAH!

Dan pengajaran yang paling best sekali ialah janganla kita menjadi taksub berpartisan atau berwakilrakyatan. Kau tengok bapak gile 'kejinya' mereka mengutuk2 YB secara berdepan. Itulah kita sepatutnya pada hari ini. Kita patut sound tepat je YB2 neh tak kira la kita pembangkang ke kerajaan ke apa menda bagai ke. Situasi sekarang neh yang pro kerajaan mesti jilat kerajaan kaw2 dan kutuk pembangkang habis2an, yang pro pembangkang dok lambung pemimpin2 dia macam dah confirm ke syurga dan kutuk musuh2 politik dia macam dah sah2 mereka ke neraka.. bapak gila taksub. Kita dah tak betul bila jadi taksub. Ada orang siap halalkan lagi ketaksuban dorang dengan hujah sebegini.. kita akan lakukan apa sahaja semata2 nak pastikan pihak satu lagi tu kalah atas nama perjuangan.. choiiii. Aku memang nak BN kalah tapi takan lakukan apa sahaja. Aku hanya mahu lakukan apa yang betul dan tepat sahaja merujuk kepada keperluan keadaan pada ketika itu dan situasi semasa. Bila kita neh ramai2 menjadi tidak taksub seperti sekarang, percayalah, negara kita akan berubah dengan sendirinya kerana pemimpin2 kita tak mampu memperbodohkan diri kita lagi. Pertama sekali, kita dulu yang kena keluarkan diri kita dari kepompong kebodohan dan ketaksuban yang melampaui akal neh..

Untuk rekod, jalan tersebut sedang diselenggara. Tetapi cerita ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Memang menjadi setail abang Lando, ada laporan > siasat > gegar yang berkenaan > lepas penguatkuasa buat kerja > kasi gegar lagi untuk semak hasil kerja.

Dari A sampai Z dorang pantau. Teliti.

Bagus tak? 
Bagus la.
Takde nak propa, cabaran, wayang bagai macam err.. lue fikirlah sendiri.
Brader Lando dah patut jadi leader untuk kita gegar parti2 politik yang tak guna sekarang neh. Taknak ke lead kita orang neh pula?

KAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...