Bukan mendoakan. Tidak mengharapkan. Kita tak meminta jauh sekali mencari. Tetapi kita sekadar berjaga-jaga dan ber-ahti-ahti bagi mengelakkan sebarang musibah yang tak diingini.
Tadi ada rakan yang berkongsikan dua gambar menerusi aplikasi WhatsApp. Dia pun reforward je kat member-member di group.
Ini adalah gambar-gambar tersebut ;
Kononnya team doktor udara Kinta yang amek gambar neh dari arah atas menerusi helikopter. Aku pun tatau sangat apa maksudnya team doktor udara Kinta tu. Adakah doktor yang mengkaji pasal udara ataupun doktor tu travel dengan helipkopter ulang-alik sampai melekat nama team doktor udara. Malas nak fikir banyak. Cuma teliti gambar-gambar tersebut, sahih. Dan bila dah pasti sahih, ya, ianya menakutkan.
Gambar tersebut merujuk jalan dari arah Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands. Ya, Cameron Highlands memang la lokasi yang terkenal dengan tanah runtuh hampir setiap tahun berlaku perkara yang sama samada membabitkan kehilangan nyawa mahupun tidak. Lepas tu SOP yang sama diulang-ulang bertahun-tahun tapi sampai sekarang haram ada penyelesaian konkrit.
SOP agensi kita.
Tanah runtuh > ada kematian/kecederaan/kehilangan harta benda > rakyat marah, komplen > media lapor beria-ria statement menteri / kementerian terlibat seolah-olah mereka la paling sedih, prihatin dan paling membuat kerja > alihkan kesalahan ke atas pihak lain, selalunya yang takde kuasa, pekerja bawahan yang menjadi mangsa > secara tiba-tiba ada operasi sana sini dalam seminggu dua > kemudian masyarakat mula cool down dan bahaskan isu lain, kurang memantau tindakan kerajaan dalam isu tanah runtuh > masa neh semua operasi dah distopkan macam takde apa-apa yang berlaku sebab rakyat pun dah mula sejuk ahtinya > kemudian bila tanah runtuh semula, ulang balik perkara di atas.
Seolah-olah agensi penguatkuasa neh hanya mahu bekerja atau akan buat kerja bila berlakunya insiden, nahas, bencana dan musibah. Selagi mana takde sesiapa yang mampos, lantak le kome. Ada aku kisah?
Kalau pun ada yang mati dek tanah runtuh, simpati dorang neh pun bertahan seminggu dua je berlakon depan media kekonon kesal dan sedih. Lepas tu p melantak nasi banyak-banyak sambil huha huha macam takde benda.
Pasal bukan ahli keluarga dorang yang terkorban. Sebab tu dorang haram nak peduli.
Sembang balik isu dua gambar di atas. Aku pun bukannya pakar tanah-tanah runtuh apa bagai neh. Bukan pula boleh telek masa depan. Tetapi hasil pemerhatian aku, kedua-dua cerun tu saling berdekatan dan berbahaya. Nampak macam gaung. Dan sememangnya laluan ke Cameron Highlands banyak gaung. Bukannya kita tatau selama neh. Kita tahu lama dah. Bezanya gaung dulu bertumbuhan, berpokok-pokokan.
Gaung dalam gambar kita neh gaung kosong takde apa-apa pokok. Tanah kosong. Kalau kena hujan lama-lama runtuh bhai. Takde apa-apa pokok menyerap lembapan di situ.
Kita minta tolong la. Pada yang berauthoriti untuk mengkaji sikit laluan tersebut dari aspek keselamatan.
Apa yang kita boleh buat untuk meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang laluan tersebut dan mengelakkan dari berlakunya sebarang musibah. Ini kiranya macam peringatan la. Kita dah nampak bahaya so tinggal lagi macam mana kita nak bertindak untuk memastikan bahaya tersebut tak sampai pada kita.
Aku percaya terdapat sesetengah pihak berkuasa yang takde la jahat sangat sampai takde ahti perut kan. Jika kita menulis elok-elok, suarakan kebimbangan memasing, mereka pasti akan melakukan sesuatu. Kita tunggu dan lihat la macam mana respon dorang. Harap2 janganla bila dah terkorban, baru nak mengelabah. Itu yang kita tak suka tu.
Gambar menerusi Google Earth by Suara Rakyat.
Updated.
Nizam Aksaraz berkongsikan satu gambar di cerun yang sama tetapi dari arah jalan. Iaitu dia berada di jalan itu sendiri.
Ini gambar tersebut.
Awal tahun 2016. Kawan kita tu dia ke sana. Nampak tak keadaan tanah tu? Dan sekarang ianya sedikit berubah dengan bertambah cerun. Maksudnya berlaku pergerakan dalam tanah. Minta pihak2 berkaitan tolong lakukan sesuatu.
Rujukan.