Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 April 2016

Ini Kos PLKN Bagi Tahun 2015 Meskipun PLKN Pada Tahun Tersebut Ditangguhkan.

Laporan tahun lepas. Oleh Harian Metro ;

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendaftar pada 6 Disember lalu akan meneruskan latihan sehingga tamat sebelum ia ditangguhkan sebagai langkah rasionalisasi perbelanjaan 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, JLKN bersedia melaksanakan penangguhan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan program itu dikaji semula.

“Buat masa ini, PLKN masih berjalan seperti biasa. Pelatih yang mendaftar pada 6 Disember lalu dijadualkan tamat latihan 14 Februari depan.

“Selepas tarikh berkenaan, kami akan tangguh sesi pengambilan baru sebagaimana diumumkan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Dalam perutusan khas semalam, Najib mengumumkan empat langkah merasionalisasi perbelanjaan akan dilaksanakan kerajaan. Antaranya menangguhkan PLKN 2015 dengan penjimatan RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.


Dan berdasarkan kepada jawapan parlimen tahun ini ;



Mengikut laporan berita pada tahun lepas, PLKN paling last ialah pada 6 Disember 2014 dan sesinya diteruskan sampai bulan februari pada tahun 2015 meskipun kerajaan umumkan penangguhan sesi PLKN bagi tahun 2015.

Oke. Tak mustahil pun kena belanja untuk kos PLKN meskipun ditangguhkan sekejap. Tetapi yang peliknya pada Najib. Macam mana dia buat anggaran aka kira-kira agaknya ek?

Katanya kalau tangguh PLKN tahun 2015, kita dapat jimat 400juta.
Kos PLKN pada tahun 2014 dekat 700 juta. Yang sesi 6 Disember tu tatau la tertakluk pada tahun 2014 ataupun 2015 tapi kalau kau bandingkan antara 2 tahun tu, untuk masa sebulan lebih aje pun kerajaan dah belanja dekat 400 juta dan lebih bagi menampung sesi PLKN pada tahun tersebut. Tak jimat 400 juta pun. Adalah dekat 300 juta gitu. So 100 juta dan lebih tu kenapa tak dapat dijimatkan mengikut sepertimana kenyataan awal Najib? Inila persoalan aku salah satunya. Dan kenapa ek, sebulan lebih punya kos dekat 400 juta lebih kerajaan tanggung? Ada bayar pampasan bagai ke? Boleh tunjukkan rekod dan bukti tak? Takmao la hilang macam skandal kat KBS tu.. boring dah dengar alasan menteri yang asyik kata tatau aje..

KAH KAH KAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...