Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Februari 2016

Signboard Ini Hilang Selepas Gambarnya Viral Di FB - Adakah JKR Terasa Hati?

Sebelum itu ;


Selepas viral ;


Signboard masih ada, tetapi kenapa tulisan sudah tidak ada?


Kenapa hilang?

Takan la terasa kot?

KAH KAH KAH

Oke. Kalau baca kat ruangan komen, rujuk sini, ada pengomen bagitau bahawa signboard tue memang hari-hari ditukar ayatnya tapi ada pula yang menafikan bahawa hadis kat signboard tue bertukar hari-hari. Apa yang pasti, kalau hari-hari bertukar kenapa hari tersebut ayat kat signboard tersebut dibiar kosong? Takan takde idea kot? Copy paste je pun.

KAH KAH KAH

Rasanya ramai yang dah kenal team BROTHERHOOD yang kerjanya dok lawan penguatkuasa-penguatkuasa yang gagal menyelenggara dengan baik jalanraya kita di Malaysia neh kot. Brada Lando memang kontroversi sikit kat efbi sebab dok bising kuat-kuat tentang jalan berlubang.

Dua tiga minggu lepas busy 'bercuti', banyak juga cerita-cerita politik dan non politik yang aku ketinggalan zaman. Dalam dok telek-telek efbi brada Lando sekali terjumpa posting 
ini ;


Isk.

Kurang hajo punya Ku Nan. Kemain dia berlagak ye. Masa krisis embi Kedah aritu, dengar2 juga geng2 UMNO Kedah dan geng2 UMNO yang pro Mahathir dok kutuk2 Ku Nan jenis menteri berlagak. Takde amek port sangat tapi statement di atas agak senada dengan kutukan geng2 UMNO tentang Ku Nan. Masih ingat kenyataan dia tentang isu harga rumah? Kat situ pun dah nampak aura-aura keberlagakan dia kan. Pelik betul. Macam mana orang berlagak macam dia pun boleh dapat undi, menang jadi wakil rakyat kemudian dilantik jadi menteri. Mulut macam pale B sungguh. Dan itu pun ada yang sokong. 

Lepas tu baca ;


Satu lagi. Angkara jalan yang gagal diselanggara dengan baik.

Sumber gambar : sini.

Peruntukan ada. Bahkan sekarang kerajaan tak boleh perlekehkan orang miskin atau orang yang bawa motorsikal atas alasan cukai lagi sebab sekarang semua orang bayar GST kot. Yang jadi pembonceng atau penumpang pun bayar cukai sama. So jalan-jalan seperti ini memang dah tak patut wujud dah.

Tapi pelik tak pelik juga bila kita bagi kritikan untuk tujuan menjaga keselamatan, ada pihak yang beranggapan ia adalah sebagai satu ancaman.



Bila report jalan rosak, siap kena ban pun ada.



Tu pasal aku sokong brada Lando gunakan bahasa kasar kat puak2 saykhai neh. Sebab dorang punya attitude memang macam pale B sungguh.

Best juga aku perati bila JKR dan geng2 seangkatan dengannya mulai cuak dengan sambutan dan sokongan yang diterima oleh brother Lando semenjak kebelakangan neh. Makin lama makin ramai yang menyatakan sokongan. Siap masuk tv lagi. Dapat promosi kaw-kaw. Aku suka bila tengok puak2 neh terasa diperhatikan aje. Bukan apa. Tatau la kalau korang perasan ke tak. Kat Malaysia neh ada dua sebab aje kerosakan jalanraya di Malaysia neh akan dibaiki laju-laju.

Pertama - time menteri2 nak guna. Untuk persidangan ka, lawatan ka, pru ka apa ka. Time tue orang besar-besar akan datang, maka jalan2 yang rosak bertahun2 tiba2 dibaiki cepat2 supaya menteri2 neh dapat lalu tanpa ganguan. Kadang2 baru rosak seminit pun dah kena repair sebab menteri nak lalu la katakan.

Kedua - time ada kemalangan dan isu berkenaan mendapat perhatian masyarakat. Orang bercakap sana sini sehingga timbulkan tekanan ke atas agensi. Masa tu laju2 mereka akan turun padang sambil otak sibuk taip berjela-jela alasan untuk dibacakan di hadapan media. Apa sahaja yang penting agensi penguatkuasa tak pernah bersalah dan takan boleh dipersalahkan. 

Itulah dua keadaan yang mana jalanraya yang rosak akan dibaiki laju2.

Selagi yang bakal mati itu orang-orang biasa macam kau dan aku,
Selagi yang bakal mati itu bukan orang2 berkuasa dan bertitle menteri,
Selagi tu berhenti la berharap yang mereka akan peduli.

Sumber gambar : Efbi Lando Zawawi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...