Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Januari 2016

Mengutuk2 Bloggers UMNO Suka Cakap Lucah Rupanya AMK Sendiri Gemar Berkata Lucah.

Kenyataan Media 
11 Januari 2016
1. Merujuk kenyataan media saya pada 7 Januari 2016 yang menggesa parti termasuk presiden untuk campur tangan dalam pertembungan Chegubard – Azmin yang dilihat mampu memberi kesan pada tapak sokongan parti. Azmin dituduh chegubard menipu di media . Menipu di media bukan kes SPRM, maka dalam kenyataan media yang sama juga saya mencabar Azmin membersihkan nama dengan menyeret Chegubard ke mahkamah.
2. Namun kenyataan saya telah menyebabkan ramai kurang senang, mereka mengalihkan isu kepada rekod kehadiran saya. Tiba – tiba saya dipecat melalui kenyataan media, status fb dan twetter oleh Afif, Timbalan Ketua AMK. Alasannya kerana dia mengatakan saya dipecat kerana tiga kali tidak hadir mesyuarat sedangkan menurut undang – undang boleh dikenakan tindakan disiplin selepas 6 kali tidak datang mesyuarat.
3. Pemecatan saya dibuat tergesa gesa hanya kerana kenyataan saya. Itu saya amat yakin. Pemecatan saya selaku EXCO kalaupun kerana rekod kehadiran ia harus melalui proses yang betul bukan melalui sidang media oleh Timbalan. Persoalanya, di mana Ketua AMK ?
4. Umum mungkin terkejut dengan penyebaran print screen perbualan dari aplikasi whats app kumpulan AMK mengenai saya, tetapi saya tidak. Kerana inilah bentuk pemikiran mereka yang saya kenali menyebabkan saya menjarakkan diri. Yang didedahkan di media Cuma sedikit ada ada yang tidak terdedah lagi sebenarnya. Perkara ini sangat memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita. Adakah ini pemimpin muda parti progresif ? Perangai mereka lebih biadap dan jijik dari pemuda Umno.
5. Dalam kenyataan kepada media saya sangat lucu apabila mereka memusing fakta kononya nasihat berdasarkan agama. Jelas apabila sudah tersepit, alasan agama diperdagangkan. Malah tanpa berselindung timbalan Ketua AMK selangor di media menyatakan dia tak tahu siapa yang dedah print screen itu kerana banyak “kem” dalam AMK. Dengan kenyataan tersebut, dia sendiri telah mengesahkan bahawa AMK berpecah dan bergaduh sama sendiri. Lihat sahaja situasi sekarang. Di mana Ketua AMK? kenapa kenyataan dan keputusan semuanya dibuat Timbalan AMK pusat? Malah di negeri negeri termasuk Selangor, dimana pergi Ketua AMK Selangor? Kenapa keputusan dan kenyataan semua dilihat dibuat oleh para timbalan ? Adakah dalam parti ini, para Timbalan yang menguasai ?
6. Untuk pengetahuan umum, itulah antara sebab mengapa saya menjarakkan diri dari amk pusat kerana sikap bergaduh sesama sendiri dan mengampu yang sangat menebal. Saya tidak perlu komen banyak tetapi ia hakikat yang sudah pun menjadi rahsia terbuka dalam parti.
7. Kemudian, kononya ada amk yang menulis permohonan maaf dalam laman sosialnya. Soal saya, kamu malukan dan hina Halimah Nasoha, maka kamu wajib meminta maaf dengan Halimah Nasoha. Dan jika diteliti, dari print screen itu lebih teruk lagi salah seorang pimpinan amk menfitnah saya dengan menyatakan pendirian itu bukan pendirian rasmi amk tp hanya pendirian seorang kekasih gelap yang pertahankan kekasihnya dan tuduhan ini dibaca oleh ramai orang. Kamu parti yang melawan fitnah dan seumpamanya tetapi apabila gagal menjawab tuduhan, demi mengampu dan menjilat kamu sanggup hambur fitnah.
8. Perkembangan memalukan ini jelas menjejaskan imej parti. Berlaku biadap dan seksis, menyebut perkataan lucah, melakukan penghinaan terhadap wanita dan memfitnah menjadi mainan pimpinan AMK pusat ini harus diambil tindakan oleh parti. Presiden harus menyatakan sikap.
9. Atas semua perkara ini saya mengulang penegasan kenyataan saya 7 januari lepas di mana pendedahan chegubard dan pertembungan dia dan azmin perlu dihentikan dengan campur tangan serius pimpinan utama parti atau jika Azmin berani dan benar sila seret chegubard ke mahkamah.
Halimah Nasoha
Bekas EXCO Angkatan Muda KeAdilan yang di pecat melalui kenyataan Media.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...